Patah
hati atau orang muda-muda sekarang sebut, broken heart, itu biasanya kerana dua perkara, putus
cinta atau ditolak pinangan/lamarannya. Tapi kalau dilihat pergaulan zaman
sekarang, sebab patah hati kebanyakan adalah kerana cinta. Dan hubungan cinta
couple ini sememangnya satu hubungan yang salah. Kalau dilihat dari segi apa-apa
pun, couple lebih banyak membuat patah hati daripada suka hati. Status hubungan
pasangan atau couple ini tidak jelas, tidak sah dan yang pasti tidak serius.
Malah banyak anak muda waktu ini terlanjur sehingga melakukan perkara yang
melampau seperti zina. Paling kurang pun berpegang-pegangan tangan.
Buat yang gagal melamar / pinangan ditolak, bukannya yang
kamu lakukan itu salah. Mungkin pasangan yang menolak kamu bukan jodoh kamu.
Mungkin dia hanya pelangi indah yang cuma hanya sesaat menghiasi bumi, dia bukan
bulan yang selalu setia menemani bumi dalam menggantikan matahari. Ingat, Allah
sudah menjamin tiga perkara iaitu rezeki, ajal dan jodoh. Dan jangan lupa Allah
juga berfirman, ertinya :
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (QS. An Nuur: 26)
Kalau kita sudah
terlanjur patah hati, jangan gelap mata. Keep think positive. Kita masih boleh
memilih apa yang akan kita lakukan kemudian. Dan itu terserah pada kita, positif
atau negatif. kalau ubat hati itu ada lima, maka ubat patah hati juga ada
lima :
1. Jangan
mendramatik-kan keadaan
Kalau patah hati, tak perlu bersedihan terlalu lama. Hindari suasana yang membuat kamu menjadi sebak atau melankolis. Tak usah dulu mendengar lagu-lagu dengan tema patah hati, atau melakukan aktiviti lain yang membuatkan sesak hati. Itu sama sahaja menabur garam di atas luka. Pedih bukan?

2. Putus asa
itu dosa
Ingat bahawa berputus asa itu dosa. Rasulullah bersabda : “Dosa besar itu adalah mempersekutukan Allah, putus asa dari kurnia Allah dan putus harapan dari rahmat Allah.” (HR. Al Bazzar dan Thabrani)
Ingat bahawa berputus asa itu dosa. Rasulullah bersabda : “Dosa besar itu adalah mempersekutukan Allah, putus asa dari kurnia Allah dan putus harapan dari rahmat Allah.” (HR. Al Bazzar dan Thabrani)
3. Jangan
menyendiri
Kamu jangan menyendiri. Cari teman-teman yang dapat support dan yang dapat membuat kita bangkit lagi, bukan yang menjatuhkan kita pula.
Kamu jangan menyendiri. Cari teman-teman yang dapat support dan yang dapat membuat kita bangkit lagi, bukan yang menjatuhkan kita pula.
4. Perbanyak
kegiatan positif
Kita harus sering bergerak. Lari marathon, berkebun atau berbasikal boleh dilakukan. Atau kegiatan yang paling positif adalah belajar tentang Islam, dan menyertai aktiviti dakwah. Insya Allah dapat melupakan pahitnya patah hati, kerana Islam itu lebih indah dari yang kita sangka.

5.
Bersyukur, berusaha dan doa
Kalau kita putus dari ikatan couple, itu bererti kita terbebas dari perbuatan mendekati zina. Kita harus bersyukur. Kalau memang sudah bersedia untuk bernikah, bernikah sahaja,tak perlu bercouple / bercinta sebelum kawin ni. Buktikan kita serius. Buat yang ditolak lamaran / pinangan, itu tandanya calon itu tidak matching dengan Kita. Kita belum ada rezeki, cuba lagi. Dan jangan lupa berdoa kerana Allah pasti akan memberi jalan keluar yang terbaik buat kita. Pasti! Ibnu Qayyim rahimahullâh tentang cinta yang terpuji:

“Cinta yang terpuji adalah cinta yang memberikan manfaat kepada orang yang merasakan cinta itu untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya. Cinta inilah yang menjadi asas kebahagiaan. Sedangkan cinta bencana adalah cinta yang membahayakan pelakunya di dunia maupun akhirat dan membawanya ke pintu kenistaan serta menjadikannya asas penderitaan dalam jiwanya.”
kredit: Click Here
0 comments:
Catat Ulasan