Isnin, 4 Jun 2012

Cerita Tentang Hantaran Kahwin


Kalau dulu, majlis yang pakai khemah yang tinggi-tinggi ni majlis wakil rakyat jer. Sekarang  tengok, majlis bertunang pun orang dah buat majlis besar-besaran. Siap pasang khemah banyak-banyak pulak tu.
Memang diakui. Kebelakangan ini semakin rancak majlis pertunangan diadakan. Jika dahulu kita dapat dengar orang memperkatakan tentang wang hantaran semakin tinggi disebabkan harga minyak petrol naik, sekarang ramai pula yang memperkatakan tentang kenduri sempena bertunang.
Mengapa majlis bertunang sudah gah ditontonkan kepada masyarakat?
Sedangkan ianya sangat bertentangan dengan apa yang Rasulullah Sholallahu A’laihi Wasalam pesankan kepada kita. RAHSIAKAN PERTUNANGAN, HEBOHKAN PERNIKAHAN.
Kita belum tahu lagi apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Mungkinkah masyarakat kita akan buat Majlis Perkenalan sebelum dilangsungkan Majlis Pertunangan! Siapa tahu?
Perihal Majlis Pertunangan
“Kita jangan ikut artis. Apa yang artis buat semua nak tiru sedangkan tak mampu. Last-last yang susahnya pihak lelaki yang kena sediakan hantaran tinggi sebab pihak perempuan nak buat majlis pertunangan. Nakgrand la katakan. 
Majlis bertunang sudah dibuat kad jemputan. Majlis bertunang sudah dijemputnya pasukan kompang. Majlis bertunang juga sudah ada baju bertunang. Semuanya persis sebuah majlis perkahwinan yang membazir.
Apabila semua ini telah menjadi satu ‘keperluan’ kepada masyarakat, semakin tinggilah kos sebuah perkahwinan.
Apa yang lebih membimbangkan, ada pasangan yang sanggup berhutang untuk mengadakan majlis bertunang tetapi baru hari ini bertunang esok sudah putus!
Ikatan pertunangan adalah proses berkenal-kenalan sesama pasangan dan keluarga. Jika dalam tempoh bertunang itu dirasakan tidak sesuai, tidak mengapa jika diputuskan pertunangan kerana dikhuatiri akan membawa masalah selepas berkahwin.
Jika bertunang pun diheboh-hebohkan, tidakkah malu bagi pihak perempuan jika pertunangan mereka terpaksa diputuskan? Sedangkan bertunang itu bukanlah satu ikatan sah.
Wang Hantaran Mahal?
Masih ingat lagi dengan jadual WANG HANTARAN MENGIKUT TARAF PENDIDIKAN yang popular di Facebook sekarang?
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 – RM3,000
SPM : RM3,000 – RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 – RM12,000
DEGREE : RM12,000 – RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 – RM20,000
PHD : RM20,000 – RM30,000

Tak mustahil semua ini akan menjadi fenomena Global! Kebiasaannya sekarang, pihak perempuan akan minta wang hantaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Fikirkan, bagaimana mahu mencari duit yang sebanyak itu? Sebab itulah ramai yang pinjam ALONG untuk TOLONG mereka kahwin dan akhirnya TERLOLONG begitu sahaja (tak mampu bayar pinjaman).Mungkinkah seorang lelaki yang baru menamatkan pengajian di Universiti dan baru mula bekerja dapat mengumpul wang sebanyak itu dalam tempoh yang sangat minima?





 Keburukan Wang Hantaran Yang Tinggi Nilainya
1. Lelaki yang hendak berkahwin dengan perempuan yang disukainya akan menangguhkan hajat kerana tidak berkemampuan untuk menyediakan wang hantaran yang tinggi.Hanya dapat memendam rasa dan kecewa sekiranya bunga yang diidamkan telah disambar oleh kumbang lain.
2. Perempuan yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi akan susah untuk didekati oleh mana-mana lelaki.Walaupun mereka tidak meletakkan wang hantaran yang tinggi sepertimana yang digambarkan,namun mentaliti masyarakat amat susah untuk dikikis sekali.
3.Fitnah akan berlaku kerana mereka yang meletakkan hantaran yang  tinggi akan dilabel sebagai menjual anak.Ini adalah tidak sedap untuk didengar kerana sebagai ibu bapa,kita hanyalah inginkan yang terbaik untuk anak yang tersayang.
4. Masalah sosial seperti cabul dan rogol akan meningkat kerana ada yang tidak dapat mengawal nafsu mereka.Ini boleh menyebabkan masyarakat akan berada di dalam suasana yang tidak tenteram.
     Sebagai seorang yang beragama islam,kita patut mengamalkan apa yang telah digariskan dalam agama kita sendiri.Islam itu mudah malahan bab perkahwinan juga telah diperincikan sebagai panduan untuk masyarakat yang adakalanya tergelincir dari landasannya.
     Jika hati sudah berkenan dan telah berkahwin eloklah disegerakan majlis perkahwinan untuk hidup bahagia bersama-sama.InsyAllah perkahwinan itu berkekalan kerana masing-masing akan bertanggungjawab dalam memainkan peranan dalam menjadi seorang suami sebagai pemimpin keluarga dan isteri yang patuh kepada suaminya sendiri.
     Janganlah kerana hantaran yang tinggi kita tidak berkahwin kerana apa yang penting adalah perkahwinan dapat meramaikan lagi umat Nabi Muhammad S.A.W.Dengan pertambahan umat Nabi kita,sudah pasti Syiar Islam akan berkembang ke pelusuk dunia.Oleh yang sedemikian janganlah meletakkan wang hantaran yang tinggi sehingga menyebabkan kita lupa makna sebenar perkahwinan.


Sejenak Jenaka Untuk Mak Cik

Mak Cik : Anak makcik belajar tinggi.Ada rupa pulak.Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunya yg belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye
Mat : Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat
Mak Cik : Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yg tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap
Mat : Kalau makcik nak jual anak macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TESTDRIVE dulu semua..Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu..100ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus..Anak makcik skali dgn deposit tu makcik boleh simpan

Credit To Click Sini

0 comments:

Catat Ulasan