Pertama sekali cuba kita fahami fitrahnya alam
dunia ini. Tiada satu pertemuan pun yang berlaku tanpa di sudahi dengan
perpisahan. Ini menandakan bahawa apa tiada yang kekal di dunia ini kecuali
Dia.
Perpisahan sungguhpun mudah disebutkan di bibir
insan, tetapi ternyata ia keadaan paling sukar dihadapi dengan tenang. Tiada
manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan. Mana ada manusia yang mahu
kebahagiaannya hilang. Namun, kita perlu sedar bahawa kehidupan bukanlah seperti apa yang kita bayangkan. Di saat pertemuanmu
dengan seseorang, persiapkan diri menghadapi perpisahan dengannya suatu hari
nanti.
Sakitnya kehilangan tiapa siapa mampu ungkapkan
dengan perkataan. Hanya airmata menjadi jawapan. Tambahan pula perpisahan
melibatkan insan yang disayang. Perpisahan dengan ibu bapa, saudara,
sahabat-sahabat dan mungkin isteri/suami tercinta tentunya akan mengukir parut
yang tidak hilang bekasnya lantaran kenangan dan keindahan yang sering terimbas kembali di minda
fikiran.
Namun, hakikatnya hidup terlalu singkat untuk di
habiskan dengan memikirkan segala jam yang telah lepas. Mungkin kalaupun tidak
terpisah kerana jodoh dan pertemuan yang kuat, nanti akan terpisah jua oleh maut
yang pasti sedang mendekat. Apa yang penting, sesakit apa pun perasaan yang
mencucuk di dalam. Jangan lupa kembali mengingati Allah. Segala apa yang kita
ada hanya pinjaman. Segala yang termiliki akan dipulangkan.
Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa
pemberianNya. Allah pinjamkan mereka untuk kita merasa bahagia. Untuk kita
belajar berkasih sayang. Untuk kita saling menebarkan peringatan.
Tetapi jangan gundah dan jangan hancur dalam
kesedihan. Kita masih ada peluang untuk bertemunya lagi. Masih ada! Iaitu di
alam abadi. Di tempat yang tidak akan ada lagi perpisahan ke dua kali. Kerana
itu kita perlu saling menasihati dan saling memperbaiki diri, semoga Allah
kumpulkan kita sekali lagi di sana nanti. Bertaqwalah kepada Allah, nanti Allah
akan cukupkan kita dengan segala kurniaanNya.
kredit: Click HereYa Allah, kami punya tali persaudaraan yang sukar di tafsirkan, didiklah hati kami dan jadikan kami hambaMu yang Kau redhai, maka dari itu, ku mohon bawalah kasih sayang kami ini sehingga ke syurgaMu, Ya Allah.
0 comments:
Catat Ulasan