Rabu, 23 November 2011

Macam Mana Nak Format Handphone Nokia?

Hari ini saya ada tutorial baik sikit untuk pengguna handphone Nokia s60 yang selalu handphonenya 'terhinggap' virus ataupun yang selalu bawa pergi ke kedai untuk format handphone. Sekarang anda boleh mencuba sendiri untuk memformat handphone semudah ABC. Ikuti langkah-langkah di bawah ini.

1) OFFkan handset dan tunggu sehingga 5 minit
2) Tekan butang CALL (green button)
3) Tekan butang NO 3
4) Tekan butang bintang *
5) ONkan handset dan jangan lepas satu pun butang tadi
6) Tunggu sehingga perkataan FORMAT atau FORMATTING keluar di screen

Peringatan : Data yang terdapat di dalam handphone anda akan hilang. Handphone anda
akan kelihatan seperti baru di beli :)

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan