Isnin, 18 Februari 2013

CCleaner


CCleaner  4.00MB (Freeware)

CCleaner is a freeware system optimization, privacy and cleaning tool. It removes unused files from your system - allowing Windows to run faster and freeing up valuable hard disk space. It also cleans traces of your online activities such as your Internet history. Additionally it contains a fully featured registry cleaner. But the best part is that it's fast (normally taking less than a second to run) and contains NO Spyware or Adware! :)
Cleans the following:
  • Internet Explorer
  • Firefox
  • Google Chrome
  • Opera
  • Safari
  • Windows - Recycle Bin, Recent Documents, Temporary files and Log files.
  • Registry cleaner
  • Third-party applications
  • 100% Spyware FREE

Download Here :> Click Here

Rabu, 27 Jun 2012

Pengertian Y2K




Y2K yang juga dikenali sebagai "Millineum bug", merupakan satu perkara atau istilah yang sememangnya diketahui umum terutamanya individu yang sentiasa mempunyai perkaitan dengan teknologi maklumat. Kurang daripada dua tahun lagi sebelum tibanya tahun 2000. Hanya disebabkan oleh dua digit yang kecil sahaja maka, pada 1 Januari 2000 daripada kemeriahan seluruh dunia akan bertukar menjadi mimpi ngeri. Semuanya disebabkan kesilapan atau ralat komputer untuk membezakan tahun 2000 dengan 1900. Kebanyakan syarikat atau perniagaan yang menggunakan tarikh akan menerima kesannya. Syarikat terbabit bukan sahaja menerima kesannya malahan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi memastikan sistem komputer yang digunakan dapat membezakan diantara tahun 2000 dengan 1900. Masalah pepijat komputer tahun 2000 ini merupakan satu masalah besar yang perlu dihadapi oleh dunia.

Untuk menerangkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah "Millenium Bug" atau Pepijat Tahun 2000 ini, lebih baik jika kita mendapatkan gambaran yang jelas apakah masalah Pepijat Tahun 2000 ini. Pakar perindustrian tahun 2000 Peter De Jager menerangkan bahawa ianya agak mudah untuk diterangkan. "Komputer yang digunakan telah diprogramkan untuk menyimpan tarikh di dalam format yang berikut: dd/mm/yy. Ini hanya membenarkan dua digit disimpan bagi mewakili tahun. 1 Januari 2000 akan disimpan sebagai 01/01/00.

Walaubagaimanapun, komputer akan menganggap tarikh ini sebagai 1 Januari 1900 dan bukannya 2000. Nombor "19" telah di"hard-coded" kedalam perisian dan perkakasan komputer. Oleh kerana hanya dua ruang disediakan untuk tahun di dalam format ini, selepas "99" secara logiknya pilihan yang akan dibuat selepas itu ialah dengan menukarkan kembali nombor tersebut kepada "00".

Menurut sumber yang diambil daripada akhbar "komputer" 16 September 1998, Masalah Y2K berpunca daripada kegagalam sistem perkomputeran yang bergantung kepada perkiraan tarikh untuk mengenali kedatangan hari pertama alaf baru. Cara perisian ditulis bagi pengiraan tarikh yang berdasarkan normal dua angka ialah punca kepada semua masalah itu. Contohnya 1 Januari 1998 dalam sistem komputer ditulis sebagai 01/01/98. Masalah akan timbul apabila tarikh beralih kepada 1 Januari 2000 yang mana sistem komputer akan menterjemahkan sebagai 01/01/00 atau 1 Januari 1900. Salah pengiraan tarikh itu akan menyebabkan pelbagai perkiraan kepada aplikasi yang bergantung kepada tarikh yang menatijahkan porak-peranda terutama terhadap industri kewangan.

Masalah tahun 2000 ini tidak seperti masalah-masalah lain di dalam sejarah moden kerana beberapa sebab. William Adams Pakar Y2K dari England menunjukkan beberapa perkara penting yang terbabit. "Masa semakin hampir, masalah tahun 2000 perlu dihadapi. Masalah akan berlaku berterusan diseluruh dunia. Ia akan turut melibatkan semua bahasa, platform, perkakasan dan juga perisian. Permintaan terhadap penyelesaian akan melebihi penawaran. Bagi yang berjaya, mereka akan meraih kemenangan yang besar. Bagi yang kalah pula, mereka akan mengalami kekalahan yang besar. Tidak ada jalan mudah untuk menyelesaikan masalah ini". "Ianya terlalu besar dan sukar sekalipun bagi (Bill Gates dan) Microsoft".

KESAN-KESAN Y2K KEPADA ORGANISASI DAN MASYARAKAT

Kesan yang disebabkan oleh Y2K terhadap masyarakat amat besar, hingga menyebabkan syarikat-syarikat besar di dalam dunia terpaksa melutut, merayu kepada sesiapa yang mampu menyelesaikan masalah tersebut walaupun dengan harga yang tinggi. "Dunia moden kini terlalu bergantung pada maklumat sama seperti mereka bergantung kepada elektrik dan bekalan air. Memperbaiki masalah tersebut adalah sukar kerana hanya tinggal kurang daripada dua tahun untuk memperbaiki masalah yang telah pun timbul sejak 40 tahun. Alan Greenspan pakar bagi masalah Y2K memberi amaran bahawa persedian sebanyak 99% sahaja adalah tidak memadai. Ketua bahagian Ekonomi Edward Yardeni berkata bahawa peluang akan belakunya masalah Y2K ini terhadap dunia adalah sebanyak 40%. Senator Bob Benett (Republik Utah) telah membuat satu analog yang baik mengenai potensi bagi permasalahan ini. "Di dalam tahun 1970-an, minyak merupakan sumber tenaga yang menjanakan ekonomi dunia. Pada hari ini, sumber maklumat merupakan satu sumber tenaga yang baru. Beliau turut menambah, potensi berlakunya masalah ini di dalam kehidupan seharian amat ketara.

Bayangkan, sekiranya kita membuat pinjaman pada tahun 1999 yang perlu dibayar pada tahun 2000. Komputer syarikat terbabit akan menganggap "00" sebagai "1900" dan anda akan dikenakan charge bayaran kerana lewat membayar selama 99 tahun. Sekiranya masalah tahun 2000 tidak diselesaikan, masalah yang mungkin akan timbul ialah seperti, masalah trafik udara, trafik light, sumber elektrik, syarikat tidak dapat mengeluarkan barangan, barangan tidak dapat dihantar ke stor, stor tidak dapat menghantarkan bil kepada anda, anda tidak dapat menghantar bil kepada orang lain dan pelbagai lagi masalah. Implikasinya, perniagaan akan menjadi lumpuh sama sekali.

Kos yang diperlukan untuk memperbaiki masalah ini amat besar. Sekumpulan pakar menganggarkan bahawa kos untuk memperbaiki satu baris kod bersamaan dengan US1.50 ke US2.00. Bukanlah satu perkara yang luar biasa bagi sesuatu syarikat yang mempunyai lebih 100,000,000 baris kod. Capers Jones, seorang pakar yang telah mengkaji di dalam bidang perisian selama lebih 10 tahun menganggarkan seluruh dunia adalah US 1,635,000,000,000 (Satu Trilian, 635 Juta) Untuk membuat andaian ini, sekiranya lima orang dianggarkan membelanjakan sebanyak US100 bagi setiap saat bagi satu hari, 24 jam, 365 hari. Masa yang diperlukan lebih daripada 100 tahun untuk menyiapkan tugas tersebut. Masalah tahun 2000 ini, tidak hanya terhad kepada apa yang berlaku terhadap komputer diantara 31 Disember 199 dan 1 Januari 2000.

Terdapat beberapa beberapa tarikh penting lain yang turut menjadi faktor. Bulan Oktober yang lepas dianggap sebagai tarikh akhir dimana syarikat-syarikat besar sepatutnya telah memulakan operasi untuk memperbaiki masalah tersebut dengan harapan tugas tersebut akan selesai sebelum tarikh akhir. Juga sepatutnya, segala proses baik pulih telah selesai dijalankan menjelang 1 Januari 1999. Terdapat dua sebab utama mengapa masalah tersebut perlu diperbaiki setahun lebih awal.

Perkara pertama ialah terdapat banyak "tarikh istimewa" menjelang 1999 yang bermaksud perkara-perkara yang istimewa. Sebagai contoh, 9 September 1999 (09/09/99) digunakan sebagai "tarikh akhir" (expiration date) sebagai rujukan dan bagi data yang tidak mempunyai tarikh akhir. Komputer akan meminta supaya dimasukkan tarikh. Dalam kebanyakan kes, tarikh yang diminta adalah 9/9/99. Juga perlu dipastikan dengan menguji apakah hari dalam seminggu bagi 01/01/00. 1 Januari 1900 adalah hari Isnin. Walau bagaimanapun, 1 Januari 2000 akan jatuh pada hari Sabtu.

KESAN KEATAS MASYARAKAT

Sebagaimana yang telah dinyatakan diatas sebelum ini, kesan Y2K adalah amat ketara keatas organisasi berbading dengan masyarakat /individu. Diantara kesan-kesan yang dijangka akan berlaku keatas masyarakat/individu adalah seperti berikut:

1. Sistem Kawalan Keselamatan Di rumah
Kebiasannya, panorama ini hanya akan berlaku keatas individu yang terlalu banyak bergantung kepada peralatan elektronik didalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, individu yang menggunakan sistem keselamatan bagi mengawal rumah. Apabila menjelang 1 Januari 2000. Sistem keselamatan akan rosak dan tidak akan dapat berfungsi kerana kesilapan membezakan antara digit 1900 dengan 2000. Kemungkinan pencuri akan berleluasa pada masa tersebut kerana telah menjangka masalah tersebut dan cuba untuk mengambil kesempatan.

2. Microwave
Bagi surirumah yang menggunakan mesin microwave untuk membantu mereka menyediakan masakan terpaksa menyediakan masakan secara manual kerana mesin tersebut dijangka akan gagal berfungsi kerana masalah dua digit tersebut. Makanan tidak dapat disediakan kerana arahan tidak dapat diterima.


3. Peralatan Elektrik
Bagi pengguna yang biasa menggunakan video recorder, peralatan ini juga dijangka akan gagal berfungsi menjelang 1 Januari 2000 kerana sistem tarikh yang terbina di dalam chip. Begitu juga dengan mesin mengira wang yang biasa digunakan di kedai-kedai makan atau mini market. Ini kerana mesin ini, kebanyakannya menggunakan sistem tarikh untuk menghitung jumlah wang berdasarkan tarikh tertentu.

KESAN KEATAS ORGANISASI

Y2K atau millenium bug mempunyai kesan yang amat besar/ketara keatas organisasi. Kesan-kesan yang dijangka akan berlaku akan diperbincangkan disini. Diantara kesan-kesan yang telahpun dikenalpasti adalah seperti berikut:


1. Kawalan Trafik Udara
Ianya meliputi kapal terbang, helikopter, pesawat pejuang dan lain-lain pengangkutan udara. Walaubagaimanapun, kesan yang dijangkan paling ketara adalah keatas pesawat penumpang dan pesawat pejuang. Pesawat yang sepatutnya berlepas tidak dapat berlepas kerana tarikh yang mengelirukan. Komputer tidak dapat membuang keputusan pesawat yang manakah yang patut berlepas dan pesawat yang mana dijangka tiba. Pesawat juga mungkin akan berlanggar sesama sendiri kerana sistem kawalan yang telah kucar-kacir.

2. Kilang Makanan
Dijangkakan bertan-tan makanan akan dihapuskan oleh robot atau mesin menjelang 1 januari 2000 kerana menyangka makanan tersebut telahpun luput tarikhnya. Ini kerana sistem berkomputer yang digunakan bagi membantu pengusaha menghapuskan makanan yang melebihi tarikh yang ditetapkan.

APLIKASI-APLIKASI YANG TERLIBAT DALAM PERMASALAHAN Y2k

Isu tahun 2000 atau Y2K bukan hanya gangguan atau isu terhadap syarikat besar yang menggunakan beratus komputer peribadi, aplikasi besar daan sistem kerangka. Mana-mana syarikat yang melengkapkan sistem mereka dengan aplikasi, perisian, cip tertanam "built in" atau sistem komputer peribadi mungkin terdedah kepada masalah itu. Syarikat dalam kategori Industri Kecil dan Sederhana juga tidak terkecuali.

KAEDAH-KAEDAH UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH Y2K

Dengan kehadiran millineum bug yang semakin hari semakin hampir untuk memusnahkan dunia maklumat, golongan pakar diseluruh dunia telah menemui beberapa jalan penyelesaian untuk mengendalikan atau menangani masalah ini. Lima langkah penyelesaian yang utama akan diperbincangkan disini.

Pendekatan yang paling mudah sekali untuk menyelesaikan masalah Y2K ini ialah dengan hanya menukarkan medan 2 digit kepada 4 digit. Kaedah ini dianggap sebagai penyelesaian paling lengkap bagi menyelesaikan masalah ini, iaitu dengan memberikan penamat kepada masalah tarikh ini. Pendekatan ini juga boleh memudahkan syarikat-syarikat untuk menukarkan format yang telah di "hard-coded" di dalam chip komputer.

Malangnya, apabila kita meluaskan medan tarikh daripada dua digit kepada empat digit ia turut mempunyai kesan sampingan. Yang paling nyata sekali ialah untuk menukarkan tarikh tersebut, setiap program dan pengkalan data yang merujuk kepada tarikh data tersebut turut perlu diubahsuai. Proses pengubahsuaian ini, kebanyakannya terpaksa dilakukan secara manual dan bukannya proses secara automatik. Ia memerlukan supaya paparan screen diformatkan semula secara manual. Begitu juga kita terpaksa meningkatkan panjang rekod bagi pengkalan data.

Satu lagi kaedah untuk menyelesaikan masalah millenium bug ini melibatkan apa yang dikenali sebagai "date logic" atau "windowing techniques". Prosedur ini melibatkan kita menggunakan program berasingan untuk menentukan apakah tarikh "millenium bug" yang terlibat. Sebagai contoh:
program tersebut mampu menentukan sekiranya tahun yang berakhir dengan nombor diantara 00 dan 20, maka tarikh tersebut didalam millenium yang kedua. Sekiranya tahun tersebut berakhir dengan nombor diantara 21 ke 99, tarikh tersebut didalam millenium yang pertama.

Date logic ini juga mempunyai kesan sampingan atau kelemahannya. Yang paling utama sekali ialah "time window" tidak boleh melebihi 100 tahun dan panjang bagi "time window" tidak boleh diubah pada masa hadapan. Disamping itu juga "system performance" juga akan turut perlahan kerana penambahan langkah-langkah tambahan bagi setiap tarikh untuk diproses. Disebalik itu, kesemua andaian dan logik mestilah sama bagi semua program yang akan menggunakannya. Sekiranya kaedah penyelesaian ini berkesan, kesemua syarikat patut mempertimbangkan untuk menggunakan kaedah ini.

Kaedah lain bagi mengatasi masalah dua digit ini melibatkan "bridge program". Kaedah penyelesaian jenis ini digunakan untuk menukarkan data dari satu format rekod kepada format yang lain. Ini membolehkan sesuatu sistem untuk menukarkan tarikh dua digit kepada empat digit apabila diperlukan. Kaedah ini juga membenarkan syarikat mempunyai masa yang lebih lama untuk membuat pembaharuan bagi tahun 2000.

Selain daripada menukarkan kesemua data pada satu masa, ia akan menukarkan dengan jayanya. Juga, teknik ini merupakan satu teknik yang kos efektif dan mudah untuk dilakukan. Berhati-hati dengan "bridge program" kerana ia mempunyai potensi untuk merosakkan sistem komputer. Dengan memindahkan "bridge" sebelum kesemua data ditukarkan, tarikh dua digit akan bercampur dengan empat digit lalu menghasilkan masalah yang lebih besar daripada masalah yang sedang dihadapi.

Walaubagaimanapun, terus terang dikatakan bahawa dengan menukarkan keseluruhan sistem dijangka merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menyelesaikan masalah Y2K. Dengan hanya menukarkan sistem yang telah lama dan menempah sistem baru yang telah pun sedia dengan tahun 2000, dengan cara ini syarikat telah berjaya menghapuskan masalah Y2K kesemuanya. Ini dapat menghindarkan kekusutan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kaedah penyelesaian ini hanya patut dipertimbangkan sekiranya kos untuk membaiki terlalu mahal ataupun sistem yang perlu diperbaiki tidak terlalu banyak. Kaedah lain ialah dengan memasukkan atau membeli syarikat lain yang mempunyai sistem gabungan Y2K dan akhirnya sistem yang lama dapat dihentikan atau ditamatkan.

Alternatif yang terakhir yang akan dibincangkan ialah dengan tidak berbuat apa-apa pada sistem komputer tersebut yang akan digunakan oleh perniagaan. Kaedah ini tidak sama seperti membiarkan millenium bug dan hanya berharap supaya ianya akan selesai begitu sahaja. Sebaliknya, ia melibatkan mengenal pasti secara tepat apa yang akan berlaku kepada sistem komputer syarikat dan menentukan bahawa kesan yang akan berlaku adalah sedikit atau lansung tidak berlaku. Sekiranya kesnya adalah seperti ini, pihak majikan boleh mengaturkan kerja untuk membaiki bahagian yang perlu diperbaiki sahaja. Mencari jalan penyelesaian di dalam setiap peniagaan melibatkan perancangan yang teliti untuk mencapai kejayaan. Setiap satu daripada empat langkah iaitu mengenal pasti, merancang, melaksanakan dan menguji adalah penting bagi sesebuah syarikat untuk mengatasi masalah tahun 2000 ini.

Walaupun ia merupakan langkah yang paling mudah sekali, langkah mengenal pasti boleh dianggap sebagai langkah yang penting. Ini melibatkan keterangan yang lebih terperinci mengenai masalah dan keputusan yang dibuat oleh syarikat. Begitu juga, pihak pengurusan perlu dimaklumkan mengenai kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya Y2K tidak diselesaikan. Tanpa diberitahu kepada bahagian perlaksaan millenium bug, kita tidak boleh mengharapkan ianya selesai begitu sahaja.

Peringkat persedian dan perancangan melibatkan pencarian kesemua aplikasi yang menggunakan tarikh dan memilih gabungan penyelesaian kearah penyelesaian yang terbaik. Pihak perniagaan juga perlu mempertimbangkan mana-mana pergantungan sistem daripada syarikat luar. Sebagai contoh, "priority schedulu" mestilah dibuat untuk menentukan sistem yang manakah yang akan digunakan di dalam perniagaan dan memperbaikinya mengikut kepentingannya. Satu antaramuka tarikh yang seragam perlu dipersetujui diantara kesemua syarikat dimana mereka semua bergantung dan menggunakannya. Anggaran mengenai berapa banyak perbelanjaan yang akan diperlukan juga perlu dipertimbangkan.

Peringkat perlaksanaan merupakan perkara yang paling sukar sekali. Ini melibatkan mengambil penyelesaian yang dicadangkan dan menggabungkannya kedalam sistem perniagaan komputer. Bergantung kepada jenis penyelesaian yang dipilih dan bagaimana penyelesaian memberi kesan kepada perniagaan, pihak syarikat perlu melakukan yang terbaik mengikut kehendak pelbagai sistem pada setiap masa.
Menguji setiap kaedah penyelesaian mungkin kelihatan sebagai peringkat yang tidak penting didalam proses penukaran. Ganjarannya kelihatan begitu sedikit sedangkan kosnya terlalu tinggi.

Walaubagaimanapun, penyelesaian pengujian merupakan satu-satunya cara untuk memastikan perjalanan perniagaan adalan bejalan lancar menjelang abad ke 21. Prosedur ini melibatkan membuat pengkalan data dan rekod yang mudah untuk memastikan bahawa kesemua pembaikpulihan telah dilakukan dengan betul dan semua sistem berfungsi dengan betul. Semasa di dalam peringkat ini, beberapa kesilapan mungkin akan ditemui.

Untuk memperbaiki masalah ini akan menjadi lebih mudah. Terdapat dua pendekatan untuk menguji penyelesaian yang dilaksanakan. Pertamanya dengan memastikan sistem akan berfungsi dengan baik pada abad ke 20 iaitu menguji komputer untuk menghadapi abad ke 21 dan meletakkan kembali sistem kepada penggunaan harian. Kelebihan bagi kaedah ini ialah kesemua ujian dilakukan dalam masa yang sama. Ia akan memberikan tindak balas segera. Kesan sampingan ialah masa yang diperlukan agak lama.

Credit To PemilikM Asalnya : Click Sini

Selasa, 26 Jun 2012

Tips Membeli Kereta Terpakai


1) Harga dan Tahun Keluaran
korang kena pandai cari harga yang sesuai dengan kete yang ko nak beli... jangan tegok satu kedai je... try cari banyak kedai so korang leh compare harga mana yang sesuai ngan kete yang korang nak.. Biasa orang akan tengok tahun keluaran kereta tu... kalau nak yang elok, better ambik yang bawah daripada 5 tahun... kalau korang ambik yang dah 10 tahun keatas, loan tak boleh nak buat... lagi pon kalau kete tu dah lama, mesti dah banyak orang guna... Pastikan andamembuat kira-kira sebelum membuat keputusan. 

pakai formula nih...
((Harga keta otr - 10% dpayment) X % interest ) X Repayment Period + Harga Keta selepas tolak dpayment 
Jumlah bulan
contohnya:
Harga keta otr = RM100000
Dpayment = 10%
% interest = 4%
Repayment Period (yrs) = 9yrs
((RM100000 - 10%) X 4% ) X 9 + RM90000
108

2) Tengok Mileage biasanya, tok kereta second, better korang pilih yang mileage yang bawah daripada 100000. lagi okay kalau bawah 50000.



3) Owner biasa kita dengar kereta yang orang perempuan pakai ni elok. jangan caye sangat statement tu.. tak semua perempuan pandai jaga kereta... ada gak yang penah accident. so, check sama ada owner sebelum tu pernah accident ke belum.

4) Alatan dalam kereta jangan cari kereta second yang dah banyak modified. biasanya kereta yang dah modified ni banyak giler problem... enjin pon banyak yang dah tukar lain...

5) Reason orang jual kereta. korang kena gak tengok nape orang tu nak jual kereta dia. jarang orang jual kereta sebab nak tukar kereta baru... kebanyakan mereka tukar sebab kereta diorang dah ada problem... tapi tak semua cam ni. ada yang tukar sebab nak beli kereta baru... so pilih la..


6) Pastikan anda periksa baki hutang kenderaan yang anda nak beli tu pada bank, samaada diaorang akan setelkan ke, tengok saman kot – kot ada.. periksa bagi puas hati sebelum membuat sebarang perjanjian.

7) Last skali, sebelum korang beli kereta, korang bawak la member-member korang yang pandai dalam kereta ni.. suh dia check full body. takut ada masalah macam kereta potong ke, kereta bekas accident ke..

Tip Membuat Pemeriksaan Kereta Terpakai

Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.Ketika anda membeli kereta, periksa beberapa perkara seperti berikut:

1. Luaran : cuba perhatikan badan kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada. 
Kita akan tahu sama ada kereta itu pernah disimen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan garisan dari hujung depan ke belakang. Sepatutnya lurus sekiranya accident free (tidak terbabit dalam kemalangan). 


Buka pintu, perhatikan jarak di antara pintu dengan madgud depan (sepatutnya sama ketika pintu dibuka). Buka bonet depan, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak dibuka).

2. Dalaman : Duduk di tempat pemandu dan cuba goyangkan stereng. Buka getah Pada pillar setiap pintu dan tengok spot welding nye ye.. kalau tak nampak spot weldingnya bermakna kereta tersebut ada masalah, disini kita boleh tau samada kereta tersebut potong atau tak, melihat pada bahagian dalam pillar tersebut.



Selak permaidani lantai di belakang atau di bawah tempat duduk pemandu, perhatikan jika ada sambungan. Perhatikan semua getah pelapik pintu. Pastikan tidak koyak (mahal belanja kalau koyak).



Bahagian hood depan: Pastikan bar besi hadapan tidak bengkok atau ada sambungan kalau ada kereta tu pernah acsident.

Bahagian bonet belakang: Perhatikan sport weld dan silicon pastikan ianya masih original.. Pastikan juga tiada rekahan dan bekas simen

Bahagian lantai Bawah: Periksa bahagian bawah lantai kereta samaada pernah ditukar atau pun kenderaan itu potong dan sambung. Pastikan sistem ekzos tidak berkarat


Pastikan bahgian bonet belakang tak karat dan Pastikan bumbung tak ada karat diatasnya

3. Enjin : Kalau dapat (mesti dilakukan), bawa kereta ke bengkel dan periksa bawah kereta. Kita akan dapat lihat minyak bocor, gearbox bocor, oil seal drive shaft bocor, ekzos bocor, suspension bocor dan keadaan badan kereta dari bawah (berkarat atau badan kereta hampir putus). Laburkan sedikit duit, beli minyak hitam baru dan minta mekanik gantikannya.Kita boleh periksa keadaan enjin. Tarik dip stick keluar tengok keadaan minyak hitam didalammnya dengan merasanya menggunakan jari sama ada minyak hitam berketul, berpasir, bercampur air, masih melekit tapi warna terlalu hitam. Semua itu menandakan enjin tidak bersih. Kalau bercampur dengan air, batalkan niat untuk beli kereta itu kerana mungkin salah satu gasket dalam enjin telah bocor (Belanja untuk tukar gasket seperti overhall enjin tanpa tukar barang dalam enjin. Perhatikan head enjin tidak leaking pada gasket..Perhatikan Master Brake pump.. power stereng dan keadaan radiator dalam keadaan elok tiada tanda-tanda bocor.untuk periksa kebocoran radioter ,buka tudung radioter tank hidupkan dulu beberapa minit Periksa samada terbentuknya buih ataupun tidak pada air. Jika ada, kemungkinan gasket mengalami kerosakkan.Periksa juga kipas enjin, belting enjin dan aircon dalam keadaan elok..




Perhatikan belting, ada atau tidak dawai belting yang sudah terkeluar. Buka penutup timing belt, minta mekanik periksa belt. Hidupkan enjin dan hidupkan penghawa dingin, kedua-dua kipas berpusing, tutup penghawa dingin, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam enjin akan berpusing. Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan enjin selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam enjin berpusing dan berhenti secara automatik. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos. Perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak. Periksa cermin kereta. Periksa keretakkan pada kaca cermin kenderaan kerana untuk menggantikannya kemudian adalah mahal.Pastikan tali pinggang boleh dipakai. Pastikan 'jeck' clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik.Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat.

4. Buka bonet dan periksa enjin, mula-mula buka palam pencucuh, kalau berminyak di kepala dengan bau minyak hitam tandanya minyak, injap sudah hendak kena grambal atau piston ring sudah longgar. hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. 



-Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. engine dah makan minyak hitam,dah teruk..banyak carbon

-Asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai. salah tuning..minyak petrol lebih..so keta nih makan minyak la..so soh tokey tuning pa semua dlu kalau nak beli sebab tuning bukan murah woo.. 

-Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor atau coolant dah bocor so..kena overhaul gak..

Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu. 



Periksa pendawaian keseluruhan kereta. Ada atau tidak pengubahsuaian. Kadangkala pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kereta boleh menyebabkan belanja yang tinggi jika berlaku kerosakan. 

5. Pemanduan : Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.


Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Pandu kereta pada jalan yang lurus, lepaskan stereng dan kereta mesti bergerak lurus bukan menghala ke kiri atau kanan saja. Kalau ia ke kiri atau ke kanan ini mesti ada masalah pada sistem stereng. Ketika memandu uji (test drive), cuba dengar kadar kebisingan atau cuba dengar jika ada angin masuk ke dalam kereta.Tiada masalah semasa penukaran gear. Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi? Cuba anda pandu kenderaan tersebut clan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya akan menguji sistem suspension

6. Yang akhir, dapatkan nombor casis, nombor enjin, jenis enjin, tahun dibuat, jenis kenderaan (hatchback, salon etc.). Semua ini boleh didapati daripada geran kereta

.

Periksa sama ada sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta. Bawa semua maklumat itu ke JPJ dan balai polis trafik terdekat dan periksa sama ada kereta tu “selamat” atau tidak.
Badan kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik.. Jadi Berhati-hati lah yerr...

Credit To Pemilik Asalnya : Click Sini