Rabu, 27 Jun 2012

Pengertian Y2K




Y2K yang juga dikenali sebagai "Millineum bug", merupakan satu perkara atau istilah yang sememangnya diketahui umum terutamanya individu yang sentiasa mempunyai perkaitan dengan teknologi maklumat. Kurang daripada dua tahun lagi sebelum tibanya tahun 2000. Hanya disebabkan oleh dua digit yang kecil sahaja maka, pada 1 Januari 2000 daripada kemeriahan seluruh dunia akan bertukar menjadi mimpi ngeri. Semuanya disebabkan kesilapan atau ralat komputer untuk membezakan tahun 2000 dengan 1900. Kebanyakan syarikat atau perniagaan yang menggunakan tarikh akan menerima kesannya. Syarikat terbabit bukan sahaja menerima kesannya malahan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi memastikan sistem komputer yang digunakan dapat membezakan diantara tahun 2000 dengan 1900. Masalah pepijat komputer tahun 2000 ini merupakan satu masalah besar yang perlu dihadapi oleh dunia.

Untuk menerangkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah "Millenium Bug" atau Pepijat Tahun 2000 ini, lebih baik jika kita mendapatkan gambaran yang jelas apakah masalah Pepijat Tahun 2000 ini. Pakar perindustrian tahun 2000 Peter De Jager menerangkan bahawa ianya agak mudah untuk diterangkan. "Komputer yang digunakan telah diprogramkan untuk menyimpan tarikh di dalam format yang berikut: dd/mm/yy. Ini hanya membenarkan dua digit disimpan bagi mewakili tahun. 1 Januari 2000 akan disimpan sebagai 01/01/00.

Walaubagaimanapun, komputer akan menganggap tarikh ini sebagai 1 Januari 1900 dan bukannya 2000. Nombor "19" telah di"hard-coded" kedalam perisian dan perkakasan komputer. Oleh kerana hanya dua ruang disediakan untuk tahun di dalam format ini, selepas "99" secara logiknya pilihan yang akan dibuat selepas itu ialah dengan menukarkan kembali nombor tersebut kepada "00".

Menurut sumber yang diambil daripada akhbar "komputer" 16 September 1998, Masalah Y2K berpunca daripada kegagalam sistem perkomputeran yang bergantung kepada perkiraan tarikh untuk mengenali kedatangan hari pertama alaf baru. Cara perisian ditulis bagi pengiraan tarikh yang berdasarkan normal dua angka ialah punca kepada semua masalah itu. Contohnya 1 Januari 1998 dalam sistem komputer ditulis sebagai 01/01/98. Masalah akan timbul apabila tarikh beralih kepada 1 Januari 2000 yang mana sistem komputer akan menterjemahkan sebagai 01/01/00 atau 1 Januari 1900. Salah pengiraan tarikh itu akan menyebabkan pelbagai perkiraan kepada aplikasi yang bergantung kepada tarikh yang menatijahkan porak-peranda terutama terhadap industri kewangan.

Masalah tahun 2000 ini tidak seperti masalah-masalah lain di dalam sejarah moden kerana beberapa sebab. William Adams Pakar Y2K dari England menunjukkan beberapa perkara penting yang terbabit. "Masa semakin hampir, masalah tahun 2000 perlu dihadapi. Masalah akan berlaku berterusan diseluruh dunia. Ia akan turut melibatkan semua bahasa, platform, perkakasan dan juga perisian. Permintaan terhadap penyelesaian akan melebihi penawaran. Bagi yang berjaya, mereka akan meraih kemenangan yang besar. Bagi yang kalah pula, mereka akan mengalami kekalahan yang besar. Tidak ada jalan mudah untuk menyelesaikan masalah ini". "Ianya terlalu besar dan sukar sekalipun bagi (Bill Gates dan) Microsoft".

KESAN-KESAN Y2K KEPADA ORGANISASI DAN MASYARAKAT

Kesan yang disebabkan oleh Y2K terhadap masyarakat amat besar, hingga menyebabkan syarikat-syarikat besar di dalam dunia terpaksa melutut, merayu kepada sesiapa yang mampu menyelesaikan masalah tersebut walaupun dengan harga yang tinggi. "Dunia moden kini terlalu bergantung pada maklumat sama seperti mereka bergantung kepada elektrik dan bekalan air. Memperbaiki masalah tersebut adalah sukar kerana hanya tinggal kurang daripada dua tahun untuk memperbaiki masalah yang telah pun timbul sejak 40 tahun. Alan Greenspan pakar bagi masalah Y2K memberi amaran bahawa persedian sebanyak 99% sahaja adalah tidak memadai. Ketua bahagian Ekonomi Edward Yardeni berkata bahawa peluang akan belakunya masalah Y2K ini terhadap dunia adalah sebanyak 40%. Senator Bob Benett (Republik Utah) telah membuat satu analog yang baik mengenai potensi bagi permasalahan ini. "Di dalam tahun 1970-an, minyak merupakan sumber tenaga yang menjanakan ekonomi dunia. Pada hari ini, sumber maklumat merupakan satu sumber tenaga yang baru. Beliau turut menambah, potensi berlakunya masalah ini di dalam kehidupan seharian amat ketara.

Bayangkan, sekiranya kita membuat pinjaman pada tahun 1999 yang perlu dibayar pada tahun 2000. Komputer syarikat terbabit akan menganggap "00" sebagai "1900" dan anda akan dikenakan charge bayaran kerana lewat membayar selama 99 tahun. Sekiranya masalah tahun 2000 tidak diselesaikan, masalah yang mungkin akan timbul ialah seperti, masalah trafik udara, trafik light, sumber elektrik, syarikat tidak dapat mengeluarkan barangan, barangan tidak dapat dihantar ke stor, stor tidak dapat menghantarkan bil kepada anda, anda tidak dapat menghantar bil kepada orang lain dan pelbagai lagi masalah. Implikasinya, perniagaan akan menjadi lumpuh sama sekali.

Kos yang diperlukan untuk memperbaiki masalah ini amat besar. Sekumpulan pakar menganggarkan bahawa kos untuk memperbaiki satu baris kod bersamaan dengan US1.50 ke US2.00. Bukanlah satu perkara yang luar biasa bagi sesuatu syarikat yang mempunyai lebih 100,000,000 baris kod. Capers Jones, seorang pakar yang telah mengkaji di dalam bidang perisian selama lebih 10 tahun menganggarkan seluruh dunia adalah US 1,635,000,000,000 (Satu Trilian, 635 Juta) Untuk membuat andaian ini, sekiranya lima orang dianggarkan membelanjakan sebanyak US100 bagi setiap saat bagi satu hari, 24 jam, 365 hari. Masa yang diperlukan lebih daripada 100 tahun untuk menyiapkan tugas tersebut. Masalah tahun 2000 ini, tidak hanya terhad kepada apa yang berlaku terhadap komputer diantara 31 Disember 199 dan 1 Januari 2000.

Terdapat beberapa beberapa tarikh penting lain yang turut menjadi faktor. Bulan Oktober yang lepas dianggap sebagai tarikh akhir dimana syarikat-syarikat besar sepatutnya telah memulakan operasi untuk memperbaiki masalah tersebut dengan harapan tugas tersebut akan selesai sebelum tarikh akhir. Juga sepatutnya, segala proses baik pulih telah selesai dijalankan menjelang 1 Januari 1999. Terdapat dua sebab utama mengapa masalah tersebut perlu diperbaiki setahun lebih awal.

Perkara pertama ialah terdapat banyak "tarikh istimewa" menjelang 1999 yang bermaksud perkara-perkara yang istimewa. Sebagai contoh, 9 September 1999 (09/09/99) digunakan sebagai "tarikh akhir" (expiration date) sebagai rujukan dan bagi data yang tidak mempunyai tarikh akhir. Komputer akan meminta supaya dimasukkan tarikh. Dalam kebanyakan kes, tarikh yang diminta adalah 9/9/99. Juga perlu dipastikan dengan menguji apakah hari dalam seminggu bagi 01/01/00. 1 Januari 1900 adalah hari Isnin. Walau bagaimanapun, 1 Januari 2000 akan jatuh pada hari Sabtu.

KESAN KEATAS MASYARAKAT

Sebagaimana yang telah dinyatakan diatas sebelum ini, kesan Y2K adalah amat ketara keatas organisasi berbading dengan masyarakat /individu. Diantara kesan-kesan yang dijangka akan berlaku keatas masyarakat/individu adalah seperti berikut:

1. Sistem Kawalan Keselamatan Di rumah
Kebiasannya, panorama ini hanya akan berlaku keatas individu yang terlalu banyak bergantung kepada peralatan elektronik didalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, individu yang menggunakan sistem keselamatan bagi mengawal rumah. Apabila menjelang 1 Januari 2000. Sistem keselamatan akan rosak dan tidak akan dapat berfungsi kerana kesilapan membezakan antara digit 1900 dengan 2000. Kemungkinan pencuri akan berleluasa pada masa tersebut kerana telah menjangka masalah tersebut dan cuba untuk mengambil kesempatan.

2. Microwave
Bagi surirumah yang menggunakan mesin microwave untuk membantu mereka menyediakan masakan terpaksa menyediakan masakan secara manual kerana mesin tersebut dijangka akan gagal berfungsi kerana masalah dua digit tersebut. Makanan tidak dapat disediakan kerana arahan tidak dapat diterima.


3. Peralatan Elektrik
Bagi pengguna yang biasa menggunakan video recorder, peralatan ini juga dijangka akan gagal berfungsi menjelang 1 Januari 2000 kerana sistem tarikh yang terbina di dalam chip. Begitu juga dengan mesin mengira wang yang biasa digunakan di kedai-kedai makan atau mini market. Ini kerana mesin ini, kebanyakannya menggunakan sistem tarikh untuk menghitung jumlah wang berdasarkan tarikh tertentu.

KESAN KEATAS ORGANISASI

Y2K atau millenium bug mempunyai kesan yang amat besar/ketara keatas organisasi. Kesan-kesan yang dijangka akan berlaku akan diperbincangkan disini. Diantara kesan-kesan yang telahpun dikenalpasti adalah seperti berikut:


1. Kawalan Trafik Udara
Ianya meliputi kapal terbang, helikopter, pesawat pejuang dan lain-lain pengangkutan udara. Walaubagaimanapun, kesan yang dijangkan paling ketara adalah keatas pesawat penumpang dan pesawat pejuang. Pesawat yang sepatutnya berlepas tidak dapat berlepas kerana tarikh yang mengelirukan. Komputer tidak dapat membuang keputusan pesawat yang manakah yang patut berlepas dan pesawat yang mana dijangka tiba. Pesawat juga mungkin akan berlanggar sesama sendiri kerana sistem kawalan yang telah kucar-kacir.

2. Kilang Makanan
Dijangkakan bertan-tan makanan akan dihapuskan oleh robot atau mesin menjelang 1 januari 2000 kerana menyangka makanan tersebut telahpun luput tarikhnya. Ini kerana sistem berkomputer yang digunakan bagi membantu pengusaha menghapuskan makanan yang melebihi tarikh yang ditetapkan.

APLIKASI-APLIKASI YANG TERLIBAT DALAM PERMASALAHAN Y2k

Isu tahun 2000 atau Y2K bukan hanya gangguan atau isu terhadap syarikat besar yang menggunakan beratus komputer peribadi, aplikasi besar daan sistem kerangka. Mana-mana syarikat yang melengkapkan sistem mereka dengan aplikasi, perisian, cip tertanam "built in" atau sistem komputer peribadi mungkin terdedah kepada masalah itu. Syarikat dalam kategori Industri Kecil dan Sederhana juga tidak terkecuali.

KAEDAH-KAEDAH UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH Y2K

Dengan kehadiran millineum bug yang semakin hari semakin hampir untuk memusnahkan dunia maklumat, golongan pakar diseluruh dunia telah menemui beberapa jalan penyelesaian untuk mengendalikan atau menangani masalah ini. Lima langkah penyelesaian yang utama akan diperbincangkan disini.

Pendekatan yang paling mudah sekali untuk menyelesaikan masalah Y2K ini ialah dengan hanya menukarkan medan 2 digit kepada 4 digit. Kaedah ini dianggap sebagai penyelesaian paling lengkap bagi menyelesaikan masalah ini, iaitu dengan memberikan penamat kepada masalah tarikh ini. Pendekatan ini juga boleh memudahkan syarikat-syarikat untuk menukarkan format yang telah di "hard-coded" di dalam chip komputer.

Malangnya, apabila kita meluaskan medan tarikh daripada dua digit kepada empat digit ia turut mempunyai kesan sampingan. Yang paling nyata sekali ialah untuk menukarkan tarikh tersebut, setiap program dan pengkalan data yang merujuk kepada tarikh data tersebut turut perlu diubahsuai. Proses pengubahsuaian ini, kebanyakannya terpaksa dilakukan secara manual dan bukannya proses secara automatik. Ia memerlukan supaya paparan screen diformatkan semula secara manual. Begitu juga kita terpaksa meningkatkan panjang rekod bagi pengkalan data.

Satu lagi kaedah untuk menyelesaikan masalah millenium bug ini melibatkan apa yang dikenali sebagai "date logic" atau "windowing techniques". Prosedur ini melibatkan kita menggunakan program berasingan untuk menentukan apakah tarikh "millenium bug" yang terlibat. Sebagai contoh:
program tersebut mampu menentukan sekiranya tahun yang berakhir dengan nombor diantara 00 dan 20, maka tarikh tersebut didalam millenium yang kedua. Sekiranya tahun tersebut berakhir dengan nombor diantara 21 ke 99, tarikh tersebut didalam millenium yang pertama.

Date logic ini juga mempunyai kesan sampingan atau kelemahannya. Yang paling utama sekali ialah "time window" tidak boleh melebihi 100 tahun dan panjang bagi "time window" tidak boleh diubah pada masa hadapan. Disamping itu juga "system performance" juga akan turut perlahan kerana penambahan langkah-langkah tambahan bagi setiap tarikh untuk diproses. Disebalik itu, kesemua andaian dan logik mestilah sama bagi semua program yang akan menggunakannya. Sekiranya kaedah penyelesaian ini berkesan, kesemua syarikat patut mempertimbangkan untuk menggunakan kaedah ini.

Kaedah lain bagi mengatasi masalah dua digit ini melibatkan "bridge program". Kaedah penyelesaian jenis ini digunakan untuk menukarkan data dari satu format rekod kepada format yang lain. Ini membolehkan sesuatu sistem untuk menukarkan tarikh dua digit kepada empat digit apabila diperlukan. Kaedah ini juga membenarkan syarikat mempunyai masa yang lebih lama untuk membuat pembaharuan bagi tahun 2000.

Selain daripada menukarkan kesemua data pada satu masa, ia akan menukarkan dengan jayanya. Juga, teknik ini merupakan satu teknik yang kos efektif dan mudah untuk dilakukan. Berhati-hati dengan "bridge program" kerana ia mempunyai potensi untuk merosakkan sistem komputer. Dengan memindahkan "bridge" sebelum kesemua data ditukarkan, tarikh dua digit akan bercampur dengan empat digit lalu menghasilkan masalah yang lebih besar daripada masalah yang sedang dihadapi.

Walaubagaimanapun, terus terang dikatakan bahawa dengan menukarkan keseluruhan sistem dijangka merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menyelesaikan masalah Y2K. Dengan hanya menukarkan sistem yang telah lama dan menempah sistem baru yang telah pun sedia dengan tahun 2000, dengan cara ini syarikat telah berjaya menghapuskan masalah Y2K kesemuanya. Ini dapat menghindarkan kekusutan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kaedah penyelesaian ini hanya patut dipertimbangkan sekiranya kos untuk membaiki terlalu mahal ataupun sistem yang perlu diperbaiki tidak terlalu banyak. Kaedah lain ialah dengan memasukkan atau membeli syarikat lain yang mempunyai sistem gabungan Y2K dan akhirnya sistem yang lama dapat dihentikan atau ditamatkan.

Alternatif yang terakhir yang akan dibincangkan ialah dengan tidak berbuat apa-apa pada sistem komputer tersebut yang akan digunakan oleh perniagaan. Kaedah ini tidak sama seperti membiarkan millenium bug dan hanya berharap supaya ianya akan selesai begitu sahaja. Sebaliknya, ia melibatkan mengenal pasti secara tepat apa yang akan berlaku kepada sistem komputer syarikat dan menentukan bahawa kesan yang akan berlaku adalah sedikit atau lansung tidak berlaku. Sekiranya kesnya adalah seperti ini, pihak majikan boleh mengaturkan kerja untuk membaiki bahagian yang perlu diperbaiki sahaja. Mencari jalan penyelesaian di dalam setiap peniagaan melibatkan perancangan yang teliti untuk mencapai kejayaan. Setiap satu daripada empat langkah iaitu mengenal pasti, merancang, melaksanakan dan menguji adalah penting bagi sesebuah syarikat untuk mengatasi masalah tahun 2000 ini.

Walaupun ia merupakan langkah yang paling mudah sekali, langkah mengenal pasti boleh dianggap sebagai langkah yang penting. Ini melibatkan keterangan yang lebih terperinci mengenai masalah dan keputusan yang dibuat oleh syarikat. Begitu juga, pihak pengurusan perlu dimaklumkan mengenai kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya Y2K tidak diselesaikan. Tanpa diberitahu kepada bahagian perlaksaan millenium bug, kita tidak boleh mengharapkan ianya selesai begitu sahaja.

Peringkat persedian dan perancangan melibatkan pencarian kesemua aplikasi yang menggunakan tarikh dan memilih gabungan penyelesaian kearah penyelesaian yang terbaik. Pihak perniagaan juga perlu mempertimbangkan mana-mana pergantungan sistem daripada syarikat luar. Sebagai contoh, "priority schedulu" mestilah dibuat untuk menentukan sistem yang manakah yang akan digunakan di dalam perniagaan dan memperbaikinya mengikut kepentingannya. Satu antaramuka tarikh yang seragam perlu dipersetujui diantara kesemua syarikat dimana mereka semua bergantung dan menggunakannya. Anggaran mengenai berapa banyak perbelanjaan yang akan diperlukan juga perlu dipertimbangkan.

Peringkat perlaksanaan merupakan perkara yang paling sukar sekali. Ini melibatkan mengambil penyelesaian yang dicadangkan dan menggabungkannya kedalam sistem perniagaan komputer. Bergantung kepada jenis penyelesaian yang dipilih dan bagaimana penyelesaian memberi kesan kepada perniagaan, pihak syarikat perlu melakukan yang terbaik mengikut kehendak pelbagai sistem pada setiap masa.
Menguji setiap kaedah penyelesaian mungkin kelihatan sebagai peringkat yang tidak penting didalam proses penukaran. Ganjarannya kelihatan begitu sedikit sedangkan kosnya terlalu tinggi.

Walaubagaimanapun, penyelesaian pengujian merupakan satu-satunya cara untuk memastikan perjalanan perniagaan adalan bejalan lancar menjelang abad ke 21. Prosedur ini melibatkan membuat pengkalan data dan rekod yang mudah untuk memastikan bahawa kesemua pembaikpulihan telah dilakukan dengan betul dan semua sistem berfungsi dengan betul. Semasa di dalam peringkat ini, beberapa kesilapan mungkin akan ditemui.

Untuk memperbaiki masalah ini akan menjadi lebih mudah. Terdapat dua pendekatan untuk menguji penyelesaian yang dilaksanakan. Pertamanya dengan memastikan sistem akan berfungsi dengan baik pada abad ke 20 iaitu menguji komputer untuk menghadapi abad ke 21 dan meletakkan kembali sistem kepada penggunaan harian. Kelebihan bagi kaedah ini ialah kesemua ujian dilakukan dalam masa yang sama. Ia akan memberikan tindak balas segera. Kesan sampingan ialah masa yang diperlukan agak lama.

Credit To PemilikM Asalnya : Click Sini

Selasa, 26 Jun 2012

Tips Membeli Kereta Terpakai


1) Harga dan Tahun Keluaran
korang kena pandai cari harga yang sesuai dengan kete yang ko nak beli... jangan tegok satu kedai je... try cari banyak kedai so korang leh compare harga mana yang sesuai ngan kete yang korang nak.. Biasa orang akan tengok tahun keluaran kereta tu... kalau nak yang elok, better ambik yang bawah daripada 5 tahun... kalau korang ambik yang dah 10 tahun keatas, loan tak boleh nak buat... lagi pon kalau kete tu dah lama, mesti dah banyak orang guna... Pastikan andamembuat kira-kira sebelum membuat keputusan. 

pakai formula nih...
((Harga keta otr - 10% dpayment) X % interest ) X Repayment Period + Harga Keta selepas tolak dpayment 
Jumlah bulan
contohnya:
Harga keta otr = RM100000
Dpayment = 10%
% interest = 4%
Repayment Period (yrs) = 9yrs
((RM100000 - 10%) X 4% ) X 9 + RM90000
108

2) Tengok Mileage biasanya, tok kereta second, better korang pilih yang mileage yang bawah daripada 100000. lagi okay kalau bawah 50000.



3) Owner biasa kita dengar kereta yang orang perempuan pakai ni elok. jangan caye sangat statement tu.. tak semua perempuan pandai jaga kereta... ada gak yang penah accident. so, check sama ada owner sebelum tu pernah accident ke belum.

4) Alatan dalam kereta jangan cari kereta second yang dah banyak modified. biasanya kereta yang dah modified ni banyak giler problem... enjin pon banyak yang dah tukar lain...

5) Reason orang jual kereta. korang kena gak tengok nape orang tu nak jual kereta dia. jarang orang jual kereta sebab nak tukar kereta baru... kebanyakan mereka tukar sebab kereta diorang dah ada problem... tapi tak semua cam ni. ada yang tukar sebab nak beli kereta baru... so pilih la..


6) Pastikan anda periksa baki hutang kenderaan yang anda nak beli tu pada bank, samaada diaorang akan setelkan ke, tengok saman kot – kot ada.. periksa bagi puas hati sebelum membuat sebarang perjanjian.

7) Last skali, sebelum korang beli kereta, korang bawak la member-member korang yang pandai dalam kereta ni.. suh dia check full body. takut ada masalah macam kereta potong ke, kereta bekas accident ke..

Tip Membuat Pemeriksaan Kereta Terpakai

Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.Ketika anda membeli kereta, periksa beberapa perkara seperti berikut:

1. Luaran : cuba perhatikan badan kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada. 
Kita akan tahu sama ada kereta itu pernah disimen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan garisan dari hujung depan ke belakang. Sepatutnya lurus sekiranya accident free (tidak terbabit dalam kemalangan). 


Buka pintu, perhatikan jarak di antara pintu dengan madgud depan (sepatutnya sama ketika pintu dibuka). Buka bonet depan, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak dibuka).

2. Dalaman : Duduk di tempat pemandu dan cuba goyangkan stereng. Buka getah Pada pillar setiap pintu dan tengok spot welding nye ye.. kalau tak nampak spot weldingnya bermakna kereta tersebut ada masalah, disini kita boleh tau samada kereta tersebut potong atau tak, melihat pada bahagian dalam pillar tersebut.



Selak permaidani lantai di belakang atau di bawah tempat duduk pemandu, perhatikan jika ada sambungan. Perhatikan semua getah pelapik pintu. Pastikan tidak koyak (mahal belanja kalau koyak).



Bahagian hood depan: Pastikan bar besi hadapan tidak bengkok atau ada sambungan kalau ada kereta tu pernah acsident.

Bahagian bonet belakang: Perhatikan sport weld dan silicon pastikan ianya masih original.. Pastikan juga tiada rekahan dan bekas simen

Bahagian lantai Bawah: Periksa bahagian bawah lantai kereta samaada pernah ditukar atau pun kenderaan itu potong dan sambung. Pastikan sistem ekzos tidak berkarat


Pastikan bahgian bonet belakang tak karat dan Pastikan bumbung tak ada karat diatasnya

3. Enjin : Kalau dapat (mesti dilakukan), bawa kereta ke bengkel dan periksa bawah kereta. Kita akan dapat lihat minyak bocor, gearbox bocor, oil seal drive shaft bocor, ekzos bocor, suspension bocor dan keadaan badan kereta dari bawah (berkarat atau badan kereta hampir putus). Laburkan sedikit duit, beli minyak hitam baru dan minta mekanik gantikannya.Kita boleh periksa keadaan enjin. Tarik dip stick keluar tengok keadaan minyak hitam didalammnya dengan merasanya menggunakan jari sama ada minyak hitam berketul, berpasir, bercampur air, masih melekit tapi warna terlalu hitam. Semua itu menandakan enjin tidak bersih. Kalau bercampur dengan air, batalkan niat untuk beli kereta itu kerana mungkin salah satu gasket dalam enjin telah bocor (Belanja untuk tukar gasket seperti overhall enjin tanpa tukar barang dalam enjin. Perhatikan head enjin tidak leaking pada gasket..Perhatikan Master Brake pump.. power stereng dan keadaan radiator dalam keadaan elok tiada tanda-tanda bocor.untuk periksa kebocoran radioter ,buka tudung radioter tank hidupkan dulu beberapa minit Periksa samada terbentuknya buih ataupun tidak pada air. Jika ada, kemungkinan gasket mengalami kerosakkan.Periksa juga kipas enjin, belting enjin dan aircon dalam keadaan elok..




Perhatikan belting, ada atau tidak dawai belting yang sudah terkeluar. Buka penutup timing belt, minta mekanik periksa belt. Hidupkan enjin dan hidupkan penghawa dingin, kedua-dua kipas berpusing, tutup penghawa dingin, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam enjin akan berpusing. Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan enjin selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam enjin berpusing dan berhenti secara automatik. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos. Perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak. Periksa cermin kereta. Periksa keretakkan pada kaca cermin kenderaan kerana untuk menggantikannya kemudian adalah mahal.Pastikan tali pinggang boleh dipakai. Pastikan 'jeck' clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik.Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat.

4. Buka bonet dan periksa enjin, mula-mula buka palam pencucuh, kalau berminyak di kepala dengan bau minyak hitam tandanya minyak, injap sudah hendak kena grambal atau piston ring sudah longgar. hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. 



-Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. engine dah makan minyak hitam,dah teruk..banyak carbon

-Asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai. salah tuning..minyak petrol lebih..so keta nih makan minyak la..so soh tokey tuning pa semua dlu kalau nak beli sebab tuning bukan murah woo.. 

-Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor atau coolant dah bocor so..kena overhaul gak..

Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu. 



Periksa pendawaian keseluruhan kereta. Ada atau tidak pengubahsuaian. Kadangkala pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kereta boleh menyebabkan belanja yang tinggi jika berlaku kerosakan. 

5. Pemanduan : Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.


Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Pandu kereta pada jalan yang lurus, lepaskan stereng dan kereta mesti bergerak lurus bukan menghala ke kiri atau kanan saja. Kalau ia ke kiri atau ke kanan ini mesti ada masalah pada sistem stereng. Ketika memandu uji (test drive), cuba dengar kadar kebisingan atau cuba dengar jika ada angin masuk ke dalam kereta.Tiada masalah semasa penukaran gear. Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi? Cuba anda pandu kenderaan tersebut clan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya akan menguji sistem suspension

6. Yang akhir, dapatkan nombor casis, nombor enjin, jenis enjin, tahun dibuat, jenis kenderaan (hatchback, salon etc.). Semua ini boleh didapati daripada geran kereta

.

Periksa sama ada sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta. Bawa semua maklumat itu ke JPJ dan balai polis trafik terdekat dan periksa sama ada kereta tu “selamat” atau tidak.
Badan kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik.. Jadi Berhati-hati lah yerr...

Credit To Pemilik Asalnya : Click Sini

Tips-Tips Semasa Mencari Halfcut




1) Buka radiator cap. Pastikan air dalam tu hijau, lepas tu jangan tutup, biarkan terbuka & pastikan air dalam tangki spare cukup.

2) Buka oil cap & tengok keadaan dalam enjin samada berkarat @ kekuningan, kalau karat, maknanya enjin dah lama tak hidup, kalau kuning, okla tu...kalau depan kesan hangus...(bau minyak hangus) sendri mau ingat.

3) Tarik deep stick...lap 1x...tengok ada kesan minyak tak...(biasa kalau ade dia jadi berbelang)...kalau ada belang tu...maknanye enjin dah lama tak hidup @ minyak enjin lama tak tukar.

4) Kalau enjin turbo...cuba lihat sekeliling turbo (terutama pada bahagian ekzos) samada leaking atau tak...kalau leaking...tak payah ambik.

5) Biasanya halfcut ada ekzos separuh...korbankan skit tangan korang yang bersih tu, "colek" sedikit pada bahagian dalam ekzos tu...tengok ada minyak ke tak...kalau ada minyak...(atau kesan minyak enjin)...maknanya valve seal dah bocor.

6) Tengok mileage...(jangan percaye sgt nih, ade gak yg meter pusing)

7) Perhatikan juga sekeliling head dan rocker cover...kat sini biasa ada banyak habuk melekat, jadi hitam...tu takpa...boleh cuci...tapi..kalau basah ngan minyak, tak payah amik.

8) Apabila anda dah betul-betul puas hati dengan kriteria-kriteria di atas, barulah suruh dia start enjin...dengar dia punya autochoke, jalan ke tak...rpm akan jadi tinggi masa autochoke ni on.

9) Kat item 1 tu, aku cakap jangan tutup radiator cap kan?...ha...masa enjin baru nak start ni lah banyak rahsia tentang enjin tu yang boleh anda tahu...tengok samada air dalam radiator tu melompat keluar ke tak...kalau melompat je...anda suruh tokey tu matikan enjin, simpan balik halfcut tu, tak payah ambik...confirm banyak problem halfcut tu...lepas tu anda biar je sambil tengok air dalam radiator tu, kurang atau tak...dalam masa yang sama, tengok dekat ekzos, mesti ada sedikit asap warna putih @ hitam (Ni normal sebab pembakaran belum lengkap, tambah lak enjin tgh sejuk) dan sedikit air akan meleleh @ merecik melalui ekjos...ini tandanya....enjin tersebut berada pada tiptop condition..

10) Perkara yang paling PENTING sekali masa beli hafkat ni, biar enjin hidup sampai kipas automatik jalan sendiri...jangan bukak air cond dulu...biar ia jalan dulu...lantak la kalau tak cukup minyak pun...suruh tokey tu tambah lagik petrol tu...cakap la yg kita nak beli...dia mesti layan punyer...dengar betul-betul dia punya idling, elok ke tak.

11) Bila kipas dah pusing...em...kalau boleh biar sampai cut...tgk ade semput ke tak...kalau semput...mintak turun harga,...mungkin plug dah tak elok...(sampai stage nih, korang mesti beli, kalau tak beli, siap la korang kena hamun ngan tokey tu.

12) Lepas tu...barulah korang cek functional setiap controller...aircond, lampu hujan, lampu besar, lampu highbeam, signal-yg penting nyala, kelip ke tak kelip ke, bukan salah lampu tu, sebab signal belakang takda, so relay jadik tak betul, lepas tu tgk lampu2 meter, temperature tu jangan lupa, jgn lebih separuh, jam,...kalau salah satu dari pada nih tak function, mintak turun harge kaw-kaw punya...

13) Pastikan korang dapat complete with rear disk brek c/w absorber, tangki minyak, dan floor mat...kalau takde, mintak turun harge lagik.

Yang penting sekali.....lepas hidupkan engine...biarkan lebih kurang 5minit lepas tu tekan clutch....kalau rpm drop maknanya main bearing dah lingkop.

Credit To Pemilik Asalnya : Click Sini

Kehidupan Bermula Pada Umur 40?


Selalu dengar tentang Life Begins at 40. Dan hari ini saya seperti faham kenapa. Bila membaca perbincangan di status Ustaz Hasrizal tentang penubuhan institusi kekeluargaan pada usia muda, saya juga berfikir. Kalau ianya menjadi 1 trend, bila kita lihat secara makro, adakah ini suatu yang baik? Kerana saya masih pada pendirian untuk tidak menikah muda. Bukan saya tak suka, tapi saya ada sebab.


Umur Yang Muda Pasti Sentiasa Rasa FRESH

Life Begins at 40.
and
Life's damaged at 22.

Enough said. Cukuplah nak buat saya berfikir bila nampak 22 tu. Apa simbolik dia eh? Bila bukaSurah Al-Ahqaaf ayat 15 kan, saya terfikir..

Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Masa mengandung sampai menyapihnya selama tiga puluh bulan, sehingga apabila anak itu telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun, dia berdoa, "Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai; dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. sungguh aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang muslim."

Kita tak tahu selagi kita tak alami waktu itu. Mak pun selalu cakap, kita tak akan hargai sesuatu selagi kita tak alaminya. Hmm, kena fikir balik ni, apalah dalam minda kita yang muda-mudi ni kan? Semangat tu berkobar-kobar untuk apa agaknya ya? Sibuk berfikir untuk membina rumah tangga? Atau semangat untuk berjuang? atau... atau?


Pemuda hari ini adalah pemimpin masa hadapan.
Reset target. Reset niat. Reset mind.
Muhasabah balik.
Muhasabah balik.
Kehidupan muda aku hari ini, ke mana kita nanti?
Untuk siapa kita buat dalam kehidupan ini?
Dan untuk apa kita buat dalam kehidupan ini?


Berjalan, melihat dan mentafsir. Gunakan usia muda sebaiknya. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Muda tak jamin kita hidup lama.


Dan aku, aku masih memilih jalan ini.
Jalan untuk berbakti pada kedua orang tuaku dahulu.
Bahagiakan mereka selagi mereka masih ada.
Kerana aku tahu, terlampau banyak dosaku terhadap mereka.
Berbakti.
Berbakti selagi mampu.

Credit To Pemilik Asal : Click Sini

Ahad, 24 Jun 2012

Foxit Reader 5.3.1.0606



Foxit Reader is a free PDF document viewer, with incredible small size, breezing-fast launch speed and rich feature set. Its core function is compatible with PDF Standard 1.7.
  • Incredibly small: The download size of Foxit Reader is just a fraction of Acrobat Reader 20 M size.
  • Breezing-fast: When you run Foxit Reader, it launches instantly without any delay. You are not forced to view an annoying splash window displaying company logo, author names, etc.
  • Annotation tool: Have you ever wished to annotate (or comment on) a PDF document when you are reading it? Foxit Reader allows you to draw graphics, highlight text, type text and make notes on a PDF document and then print out or save the annotated document.
  • Text converter: You may convert the whole PDF document into a simple text file.
  • High security and privacy: Foxit Reader highly respects the security and privacy of users and will never connect to the Internet without users' permission. While other PDF readers often silently connect to the Internet in the background. Foxit PDF Reader does not contain any spyware.
Download Here : Foxit Reader

Adobe Reader X 2012




Adobe Reader software is the global standard for electronic document sharing. It is the only PDF file viewer that can open and interact with all PDF documents. Use Adobe Reader to view, search, digitally sign, verify, print, and collaborate on Adobe PDF files.
  • View, print, and search PDF files, including PDF Portfolios and PDF maps
  • Author, store, and share documents, and share your screen, using Acrobat.com services
  • Experience richer content and greater interactivity with native support for Adobe Flash technology
  • Review documents using familiar commenting tools such as sticky notes, highlighting, lines, shapes, and stamps (When enabled by Acrobat Pro or Acrobat Pro Extended)
  • Digitally sign PDF documents (When enabled by Acrobat Pro or Acrobat Pro Extended)
Download Here : Adob Reader X

Rabu, 20 Jun 2012

Rentetan Memali Berdarah : Biarkan Sejarah Berbicara

بِŘłْŮ…ِ اللهِ الرَّŘ­ْمنِ الرَّŘ­ِŮŠŮ…ِ


Walaupun ianya merupakan kisah lama, tetapi saya tertarik untuk menceritakan sejarah tercetusnya  tragedi berdarah Memali ini, supaya generasi akan datang dapat mengetahui sejarahnya.

Coretan sejarah ini bertujuan bukan sekadar memperingati pemergian 14 orang syuhada Memali, tetapi untuk mempersembahkan tulisan ini buat para pembaca supaya kita dan generasi mendatang akan terus sedar perihal kekejaman dan kezaliman yang diatur dicorak oleh pemerintahan UMNO/BN.

Sampaikanlah cerita ini, moga-moga lipatan sejarah Memali tidak mampu diganggu-gugat oleh fakta-fakta putar belit Majlis Professor Negara, buku-buku Sejarah KBSM dan mulut-mulut sang keparat yang tidak pernah gentar menyebarkan fitnah.

Hari ini, sudah 27 tahun berlalunya peristiwa berdarah Memali. Sepelaung air mata darah keluarga syuhada telah tumpah ke bumi. 27 tahun menjadi saksi segalanya. Al-fathihah buat seluruh para syuhada Memali.





BABAK SATU (18 November 1985)

001: Pada jam 1935 Berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kunpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman Kedah, Perlis, dan Penang.

002: Tepat Jam 1945 Pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.

003: Pada Jam 2005 Berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni ‘kem komunis’ itu sebenarnya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.

004: Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.

Nota Khas: Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.

005: Pada Jam 2045 Sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.

006: Pada Jam 2147 Pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang dierima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.

007: Pada Jam 2147 Semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.

008: Pada Jam 2400 Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai ‘Operasi Hapus’ itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling.

Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud. Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibupejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan ‘Operasi Hapus’ itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yagn seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.

BABAK DUA (9 November 1985)

009: Jam 0100  3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibupejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan merka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.

010: Jam 0300 Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.

011: Jam 0336 Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.

012: Jam 0400 Satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketiak bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalahsasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan sendiri. Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah
ditolak oleh pegawai pemerintah.

013: Jam 0521 Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telahditentang oleh pegawai yang beragama Islam.

014: Jam 0559 Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan merka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali. Nota Khas: Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?


015: Jam 0815 Setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh bajingan bom molotov. Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan
diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.

016: Jam 1105  Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.

017: Jam 1136 Pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja. Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahim Beliau telah melawan mereka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara: "Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid."

018: Jam 1213 Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi
sambil berkata; "Pergi jahanam dengan Islam".

019: Jam 1305 Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitammengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.

020: Jam 1500 Kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.

021: Jam 1510 Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata:
"Hari ini hari kau. Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara." 

BABAK TIGA (21 November 1985)

Setiap insan yang waras dalam kalangan manusia di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan laporan mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis:  Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran !

Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang berkata: 

"Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa ‘Operasi Hapus’ adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang"

BABAK EMPAT (26 Tahun Kemudian)


Kini, Memali terus segar dalam simpanan memori para pejuang Islam. Mereka yang cintakan keadilan pasti tersentap dengan perkhabaran tragis ini. Sudah pasti, cerita ini akan menjadi paluan semangat buat seluruh ahli gerakan, betapa ALLAH akan memuliakan dan meninggikan darjat mereka yang berjuang bermati-matian membela dan membantu agama-Nya.

Walaupun  kita tahu, media milik UMNO/BN akan terus menayangkan fitnah-fitnah jahat lagi keji tentang peristiwa berdarah ini, kita serahkan kepada ALLAH untuk membela para syuhada Memali dan membersihkan nama mereka daripada fitnah kotor di Mahsyar kelak.

ALLAH menjadi saksi segalanya. Bahkan, Dialah yang mengatur segala hal ini.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor, adalah antara manusia yang tidak henti-henti berusaha menjawab dan membidas percubaan UMNO/BN memfitnah para syuhada Memali semasa hayat hidupnya. Beliau tegas memberi amaran kepada keparat yang begitu berani membangkitkan fitnah ini dengan sebuah hadith betapa ALLAH akan melaknat orang yang membangunkan fitnah yang telah tidur.


Arwahyarham Ustaz Fadzil Noor Membidas Tohmahan Terhadap Memali




Gambaran Semasa Peristiwa Memali



Luahan Hati Adik Arwah
Credit to : Jutaan Terima Kasih


Isnin, 11 Jun 2012

Ubat Patah Hati



Patah hati atau orang muda-muda sekarang sebut, broken heart, itu biasanya kerana dua perkara, putus cinta atau ditolak pinangan/lamarannya. Tapi kalau dilihat pergaulan zaman sekarang, sebab patah hati kebanyakan adalah kerana cinta. Dan hubungan cinta couple ini sememangnya satu hubungan yang salah. Kalau dilihat dari segi apa-apa pun, couple lebih banyak membuat patah hati daripada suka hati. Status hubungan pasangan atau couple ini tidak  jelas, tidak sah dan yang pasti tidak serius. Malah banyak anak muda waktu ini terlanjur sehingga melakukan perkara yang melampau seperti zina. Paling kurang pun berpegang-pegangan tangan.

Buat yang gagal melamar / pinangan ditolak, bukannya yang kamu lakukan itu salah. Mungkin pasangan yang menolak kamu bukan jodoh kamu. Mungkin dia hanya pelangi indah yang cuma hanya sesaat menghiasi bumi, dia bukan bulan yang selalu setia menemani bumi dalam menggantikan matahari. Ingat, Allah sudah menjamin tiga perkara iaitu rezeki, ajal dan jodoh. Dan jangan lupa Allah juga berfirman, ertinya :
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (QS. An Nuur: 26)
Kalau kita sudah terlanjur patah hati, jangan gelap mata. Keep think positive.   Kita masih boleh memilih apa yang akan kita lakukan kemudian. Dan itu terserah pada kita, positif atau negatif. kalau ubat hati itu ada lima, maka ubat patah hati juga ada lima :

1. Jangan mendramatik-kan keadaan
Kalau patah hati, tak perlu bersedihan terlalu lama. Hindari suasana yang membuat kamu menjadi sebak atau melankolis. Tak usah dulu mendengar lagu-lagu dengan tema patah hati, atau melakukan aktiviti lain yang membuatkan sesak hati. Itu sama sahaja menabur garam di atas luka. Pedih bukan?

2. Putus asa itu dosa
Ingat bahawa berputus asa itu dosa. Rasulullah bersabda : “Dosa besar itu adalah mempersekutukan Allah, putus asa dari kurnia Allah dan putus harapan dari rahmat Allah.” (HR. Al Bazzar dan Thabrani)

3. Jangan menyendiri
Kamu jangan menyendiri. Cari teman-teman yang dapat support dan yang dapat membuat kita bangkit lagi, bukan yang menjatuhkan kita pula.  

4. Perbanyak kegiatan positif
Kita harus sering bergerak. Lari marathon, berkebun atau berbasikal boleh dilakukan. Atau kegiatan yang paling positif adalah belajar tentang Islam, dan menyertai aktiviti dakwah. Insya Allah dapat melupakan pahitnya patah hati, kerana Islam itu lebih indah dari yang kita sangka.

5. Bersyukur, berusaha dan doa
Kalau kita putus dari ikatan couple, itu bererti kita terbebas dari perbuatan mendekati zina. Kita harus bersyukur. Kalau memang sudah bersedia untuk bernikah, bernikah sahaja,tak perlu bercouple / bercinta sebelum kawin ni. Buktikan kita serius. Buat yang ditolak lamaran / pinangan, itu tandanya calon  itu tidak matching dengan Kita. Kita belum ada rezeki, cuba lagi. Dan jangan lupa berdoa kerana Allah pasti akan memberi jalan keluar yang terbaik buat kita. Pasti! Ibnu Qayyim rahimahullâh tentang cinta yang terpuji:
“Cinta yang terpuji adalah cinta yang memberikan manfaat kepada orang yang merasakan cinta itu untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya. Cinta inilah yang menjadi asas kebahagiaan. Sedangkan cinta bencana adalah cinta yang membahayakan pelakunya di dunia maupun akhirat dan membawanya ke pintu kenistaan serta menjadikannya asas penderitaan dalam jiwanya.”

kredit: Click Here