Rabu, 30 Mei 2012

Siapa Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Ustaz?


Assalamualaikum, mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni, seorang Ustaz yang terkenal buat masa ini terutama di kalangan anak-anak muda..

Setiap kali ceramah atau kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang hadir..


Tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz? Apakah yang dilakukannya? mari baca sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz yang dipetik dari Facebook

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamour.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.

Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga

Credit To Nizarazu.com

Sabtu, 26 Mei 2012

Rumput Dan Kasih Sayang


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.
Credit To Pemilik Asal : iluvislam

Selasa, 22 Mei 2012

Saintis Islam Pencipta Asal Kamera


Suratkhabar terkemuka di Barat, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 telah menerbitkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana Pencipta Muslim Mengubah Dunia. Salah satunya adalah pencipta kamera obscura.

Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai oleh umat manusia. Dengan flash dan tembakan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar bermula dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa.

Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai oleh Barat serta Jepun. Sehingga, banyak umat Muslim yang meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.

Jauh sebelum masyarakat Barat menemuinya, prinsip-prinsip asas pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim lebih kurang 1,000 tahun silam. Penemu prinsip kerja asas kamera itu adalah seorang saintis legenda Islam yang bernama Ibnu al-Haitham.



Pada akhir abad ke-10 Masihi, Al-Haitham berjaya mencipta sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling berkesan. Penemuan yang sangat inspiratif itu berjaya dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Mereka berdua berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura.

Penemuan itu bermula ketika mereka mempelajari gerhana matahari. Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang membenarkan cahaya matahari diunjurkan melalui permukaan datar.



Kajian ilmu optik serupa kamera obscura itulah yang menjadi asas cara kerja kamera yang pada masa ini digunakan umat manusia.



Dari kamus Webster, fenomena ini diertikan sebagai “ruang gelap”. Biasanya bentuknya seperti kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah memberi ilham penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada penonton.

“Kamera obscura pertama kali dibuat saintis Islam, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.

Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, legenda pakar fizik Islam itu kemudian menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.

Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham:First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura.

“Dia merupakan saintis pertama yang berjaya memprojeksikan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” kata Bradley.




Istilah kamera obscura yang ditemui oleh al-Haitham pun diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi. Lima abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh dengan pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera).

Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera onscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahwa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M).

Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar projection gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh moden).

Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham piring-piring foto pertama kali digunakan secara statik untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Gambar statik pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Prancis pada 1827.

Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris semasa Perang . Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan bilik gelapnya. Tahun 1888, George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.

Sebuah versi kamera obscura digunakan dalam Perang Dunia I untuk melihat kapal terbang dan pengukuran perfomance. Pada Perang Dunia II kamera obscura juga digunakan untuk memeriksa ketepatan navigasi radio. Begitulah penciptaan kamera obscura yang diilhamkan al-Haitham mampu mengubah peradaban dunia.

Peradaban dunia moden tentu sangat berhutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham semasa hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semuanya didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.

Sayangnya umat Islam kini lebih terpesona kepada pencapaian teknologi Barat, sehingga kurang menghargai dan mengulangi pencapaian saintis Islam di era kejayaan Islam.

Credit To Pemilik Asalnya : GelagatKita.Com

4 Perkara Yang Menjadi Sebab Hidup Tidak Tenang




Bersungut dan tidak menerima qada dan qadar Allah.
Amalkan membaca doa seperti diajar Rasulullah SAW iaitu: “Bismillahi ‘ala nafsi wamali wadini. Allahumma raddhini biqodho ika wabarikli fima quddiroli hatta la uhibba ta’jila ma akkharta wala takkhira ma ‘ajjalta.
(Maksudnya: Dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku ini rela dengan apa-apa yang Engkau tentukan dan berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirkan kepadaku sehingga aku tidak menginginkan cepatnya sesuatu yang Tuhan perlambatkan atau perlambatkan sesuatu yang Tuhan percepatkan).

Berbuat dosa dan tidak disertai dengan taubat.
Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud: “Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah,
dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”
Iri hati sesama manusia.

Muncul perasaan senang untuk membalas dendam kepada mereka, dan dengki atas anugerah yang Allah berikan kepada mereka. 
Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 54 yang bermaksud: “Ataukah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang sudah Allah berikan kepadanya.”
Dalam hadis riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Jauhilah olehmu sekalian sifat dengki itu, kerana sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan sebagai mana api itu dapat menghabiskan kayu api.”

Berpaling daripada mengingati Allah.
Allah SWT berfirman dalam surah Taha ayat 124 yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta”.
Demikian empat perkara disebut ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni dalam kitab beliau La Tahzan. Elakkan daripada melakukan keempat-empat perkara itu, Insya-Allah hidup akan tenang.


Credit To Pemilik Asal : Gelagat Kita

Hidayah Dan 10 Sebab Seseorang Mendapatnya



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته…..
Untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. Di antara 10 sebab seseorang itu mendapat hidayah yang dapat disenaraikan di sini adalah seperti berikut:
1. Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana berkeluarga. Orang ini agak bernasib baik.
2. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).
3. Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama  dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.
4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran.
5. Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.
6. Orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekati diri kepada Allah SWT.
7. Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.
8. Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya-raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak-peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagiaan di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.
9. Orang yang dia sendiri mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas dia insaf dan sedar dan akhirnya mencari jalan kebenaran.
10. Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.

Credit To Pemilik Asalnya : GelagatKita.Com

Rabu, 16 Mei 2012

Kenapa Kubur Wanita Digali Lebih Dalam Dari Lelaki?


Isteri : Abang, boleh sayang tanya?

Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?

                                   

Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). "Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."


Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.

Suami : *Hanya tersenyum*

Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak..

Credit To Pemilik Asalnya : Click Sini

Ingatlah! Pintu Taubat Sentiasa Terbuka




السلام عليكم و رحمة الله و بركاته…..

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum berkata, “Orang ini memang sangat layak menjadi sahabatku..! “Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil berkata dalam hati, “Hampir pasti, inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!”Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya tanpa mempedulikan waktu solat, tiba-tiba, syaitan mulai terdiam…… .
Kemudian ketika datang waktu maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka syaitan menjadi sangat panik.

Ia rupanya tidak mampu untuk menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, “Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!”

Dengan kehairanan manusia ini bertanya,”Kenapa engkau memungkiri janji. Bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?”.
“Aku takut! Aku sangat takut!”, jawab syaitan dengan suara gementar.

“Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintahNya, iaitu ketika menolak apabila disuruh sujud kepada Adam, maka Allah telah melaknatinya sehingga akhir zaman; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud padaNya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !”, kata syaitan sambil pergi.

Astaghfirullahal’azim.. semoga kita tidak tergolong dalam kalangan manusia seperti di atas. Lihatlah bagaimana ketika Adam diciptakan dan para malaikat diperintahkan tunduk kepadanya. Semua taat pada perintah Allah melainkan Iblis yang sombong dan takbur yang merasakan dirinya lebih mulia dan unggul serta diciptakan daripada api sedangkan Adam diciptakan dari lumpur. Atas sebab itu,iblis merasakan dia tidak patut menyembah Adam.

“dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah(beri hormat) kepada nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.” (Al Baqarah 2:ayat 34)

Bagaimana pula dengan kita manusia? Kita masih tidak putus-putus melakukan kemungkaran,melakukan maksiat,berbuat dosa dan tidak melaksanakan perintahNya dengan begitu sahaja. Kita lalai daripada mengingatiNya! Akan tetapi adakah kita terus diazab oleh Allah swt dengan hanya sekali tidak melaksanakan perintah Allah sepertimana iblis? Tidak bukan? Kita sentiasa diberi peluang untuk bertaubat. Sepertimana firman Allah swt mafhumnya:

“katakanlah(wahai Muhammad): wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jualah Yang Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani” (Al zumar:39)

Rasulullah saw juga bersabda: “Allah akan menerima taubat hambaNya selama mana nyawa belum sampai ke lehernya”

Subhanallah. Begitu sayang Allah kepada hambaNya. Pernahkah anda terfikir setelah bangun dari tidur; mengapa Allah menghidupkan aku pada hari ini? Adakah untuk saja-saja? Untuk enjoy? Tidak! Kita diberikan peluang oleh Allah untuk bertaubat kepadaNya. Namun,kita masih tidak menyedari hakikat tersebut dan bersenang lenang dengan kehidupan dunia.

Manusia juga sering merungut bilamana Allah tidak memberikan apa yang kita inginkan. Tidakkah kita terfikir? Bagaimana Allah tidak mengazab kita serta merta atas dosa yang dilakukan? Sesungguhnya Allah jauh lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah knows best.

“dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah),Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu),sedang kamu tidak mengetahui.” (Al Baqarah 2:216)

Bersyukurlah anda masih lagi menghirup udara free. Bagaimana jika suatu hari nanti Allah menyekat nikmat udara itu? Wallahu’alam. Semoga kita daripada kalangan orang-orang yang telah/sempat bertaubat dan diterima taubat. Amin ya Rahman.

INGATLAH! PINTU TAUBAT SENTIASA TERBUKA… INSYAALLAH…


Credit To Pemilik Asal : Pintu Taubat Masih Terbuka