Rabu, 23 November 2011

Tutorial : Copy text dari Jpeg


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera, Disini Saya Ingin Kongsikan Satu Tutorial Yang agak Menarik Iaitu

Copy text dari Jpeg. ????

Copy Text dari Jpeg, contoh seperti dalam google books, sudahlah tak boleh save, lepas tu kene salin satu-satu ayat. Penat kan??. Jadi tutorial ni saya rasa hanya berkesan pada pengguna Vista dan Windows 7. Windows xp saya tak pasti. Jom! tengok ni!




Step 1 : Klik pada button Windows anda




Step 2 : Klik pada folder Microsofts office, then klik pada Microsoft Office Notes.




Step 3 : Pergi pada tools, dan klik Option




Step 4 : Klik pada other (button bawah sekali)



Step 5 : Check button "Place OneNote in the notification area of the taskbar (ini perlu buat ye, kalau tak, tak jadi)




Step 6 : Lihat pada taskbar (ruang bawah, kanan sekali kat desktop) kuar simbol Microsoft OneNote ni)



Step 7 : Ok, buka pada Google, dan klik pada books, pilih je mana-mana books yang korang suka.






Step 8 : Ni buku yang saya pilih, zoom kan mana-mana text yang anda nak copy tulisan dia.




Step 9 : Pada keyboard anda, klik button Windows + S



Step 10 : Sepatutnya, desktop anda akan kelihatan kelam begini. Pastu select perenggan yang anda nak copy.




Step 11 : Contoh, saya copy perenggan atas tadi, bila dah select, automatic kuar kat OneNotes




Step 12 : Klik kanan pada text tersebut, tekan "Copy Text from Picture"





Step 12 : Buka Microsoft Office Kemudian Paste, Dah Selesai.....

Tutorial ni bukan je boleh guna dekat Google books, malah, kalau anda pergi library, malas nak pinjam buku, just snap gambar dengan pixel yang tinggi. Sama je. Seronok kan? Tak payah taip satu-satu bagai nak gila. Tapi nak diingatkan, jangan lupa Plagiarism adalah salah di sisi undang-undang. Jadi, mana-mana ayat yang anda dari buku, hendaklah anda quotekan nama penulis buku tersebut. Kalau tak, sia-sia kene saman. -_-". Good Luck!


Credit Pada Pemilik Asalnya







Macam Mana Nak Format Handphone Nokia?

Hari ini saya ada tutorial baik sikit untuk pengguna handphone Nokia s60 yang selalu handphonenya 'terhinggap' virus ataupun yang selalu bawa pergi ke kedai untuk format handphone. Sekarang anda boleh mencuba sendiri untuk memformat handphone semudah ABC. Ikuti langkah-langkah di bawah ini.

1) OFFkan handset dan tunggu sehingga 5 minit
2) Tekan butang CALL (green button)
3) Tekan butang NO 3
4) Tekan butang bintang *
5) ONkan handset dan jangan lepas satu pun butang tadi
6) Tunggu sehingga perkataan FORMAT atau FORMATTING keluar di screen

Peringatan : Data yang terdapat di dalam handphone anda akan hilang. Handphone anda
akan kelihatan seperti baru di beli :)

Ahad, 20 November 2011

Cara-cara untuk delete Virus Shortcut Directly Using CMD


virus short-cut telah menjadi satu masalah besar bagi pengguna-pengguna komputer, virus shortcut ini mampu menyebabkan delay mahupun masalah directory/folder kerana segala folder-folder didalam thumdrive ataupun removeable storage menjadi hilang.Sebenarnya, folder-folder tersebut tidak hilang,cuma folder-folder tersebut hanya hidden disebalik data yang ada. Virus shortcut adalah berbeza dengan virus folder yang baru dijumpai baru-baru ini, buat masa ini, saya tidak menjumpai cara terbaik untuk menyelesaikan masalah virus folder. virus folder adalah satu file yang berbentuk folder yang sekiranya diklik, virus tersebut 
mudah merebak kedalam system. virus folder sebenarnya sukar dikenali berbanding virus shortcut, cuma yang membezakan kemampuan damage dua-dua file ini adalah sangat besar, virus folder mampu menyebabkan directory tidak boleh diaccess. biarpun menggunakan command tree. berbanding shortcut virus, shortcut virus tidak menyebabkan masalah data, cuma sekiranya merebak masuk kedalam computer anda, satu masalah CPU usage akan menyebabkan CPU anda berkerja lebih berat hanya untuk tugas memastikan virus shortcut itu tadi keep "alive". tutorial yang saya ingin tunjukan adalah membuang virus shortcut didalam thumdrive dan memulihkan data anda dengan a few command line didalam CMD. tutorial untuk membuang virus shortcut didalam computer anda tanpa memerlukan format, saya akan terangkan kemudian.

Pertama sekali, anda perlu memastikan computer yang anda ingin gunakan mempunyai anti-virus untuk mengelakkan virus tersebut masuk kedalam komputer sekiranya anda tersilap langkah, buat masa ini, avast free edition mampu untuk stop attack daripada virus shortcut mahupun folder. anda boleh mendownload avast free edition Avast Free-Antivirus-Download




berikut adalah step-step yang anda boleh gunakan untuk solve this particular problem easily.
step 

1, masukkan thumdrive anda ke komputer anda, pastikan anda hold key shift ketika anda sedang memasukkan thumdrive anda. 



2. setelah anda memasukkan thumdrive anda, tekan start menu - all programs - accessories - command prompt (windows vista/7) ataupun hanya taip CMD pada search bar di start menu anda.




3. dialog command prompt akan keluar, anda hanya perlu menaip latter thumdrive anda, sebagai contoh, latter thumdrive yang anda masukkan tadi ialah F, jadi anda perlu taip F: kedalam CMD. 





4. kemudian masukkan command yang diberikan dibawah
del *.lnk       // LNK tau, bukan ink, tulis dalam huruf kecil.lepas tue hit enter key, Command ini untuk delete semua shortcut yang ada.
attrib -s -h /s /d       //Seperti previous post, command ini untuk unhide semua file dan folder.
del autorun.inf       //virus shortcut akan menggunakan autorun ini untuk automatically run apabila thumdrive dimasukkan.




setelah itu, anda telah berjaya menyelesaikan masalah virus shortcut anda, tugas terakhir yang anda perlu lakukan ialah

5. delete program virus tersebut! paling penting bagi mengelakan gejala yang sama berulang, untuk mengenali program virus tersebut, berikut adalah klu-klunya.
     5.1 mempunyai nama yang aneh dan tidak tersusun seperti assbtez dan sebagainya, nama adalah berbeza bagi setiap thumdrive yang berbeza, sekiranya anda masukkan thumdrive lain yang terkena virus ini, namanya pasti akan berbeza.
    5.2 mempunyai icon seperti ini

mungkin virus ini dibuat mengunakan VB atau creator virus ini like VB too much

    5.3 ada 2 program, pastikan delete kedua-duanya, kedua-duanya mempunyai nama yang berbeza, persamaan antara mereka ialah icon yang sama :)

6. selesai, thumdrive anda telah berjaya dibersihkan.


Credit To Pemilik Asalnya

Click Sini







Hidden Dan UnHidden Files Menggunakan CMD

Bertemu lagi, kali ini, kita akan bermain-main dengan syntax untuk Hidden files menggunakan syntax CMD, syntax ini boleh di-run menggunakan .bat file mahupun .exe files selepas dicompile oleh compiler bat to exe.Anda boleh mencuba syntax dibawah untuk hidden files mahupun unhiddenkan nya. Biarpun terdapat cara yang lebih mudah iaitu menggunakan properties. cara ini, adalah hidden menggunakan system, maksudnya, biarpun hidden files telah dibuka,namun, files yang dihidden menggunakan cara syntax ini adalah lebih mendalam. cara ini juga memudahkan anda untuk hidden ataupun unhidden files secara seluruh(semua files) dengan hanya 2 command line. cara yang saya tunjukkan adalah menggunakan CMD command, dan bukannya menggunakan bat command line.

berikut adalah cara-caranya.

*yang diboldkan adalah command yang anda perlu letakkan.
*ayat dibelakang "//" adalah comment, untuk penerangan



(UNTUK UNHIDDEN ALL) 

Microsoft Windows [Version 6.1.7600]
Copyright (c) 2009 Microsoft Corporation.  All rights reserved.


C:\Users\M11>F:              //Masukkan Drive latter yang anda ingin ubah, kebiasaannya thumdrive


F:\>attrib -s -h /s /d         //attrib adalah syntax wajib, -s (menjadikan file sbg unsystem) -h (menjadikan file sebagai unhidden) /s /d adalah untuk set semua files dan folder.

------------------------------------------------------------------------------------
(UNTUK HIDDEN ALL)

Microsoft Windows [Version 6.1.7600]
Copyright (c) 2009 Microsoft Corporation.  All rights reserved.


C:\Users\M11>F:


F:\>attrib +s +h /s /d       //attrib adalah syntax wajib, +s (menjadikan file sbg system) +h (menjadikan file sebagai hidden) /s /d adalah untuk set semua files dan folder.    

------------------------------------------------------------------------------------
(UNTUK UNHIDDEN SPESIFIK FILE/FOLDER)

Microsoft Windows [Version 6.1.7600]
Copyright (c) 2009 Microsoft Corporation.  All rights reserved.

C:\Users\M11>F:


F:\>attrib -s -h "movies"    //attrib adalah syntax wajib, -s (menjadikan file sbg unsystem) -h (menjadikan file sebagai unhidden) yang berada didalam " " adalah nama files atau folder yang di inginkan.  

----------------------------------------------------------------------------------------
(UNTUK HIDDEN SPESIFIK FILE/FOLDER)

Microsoft Windows [Version 6.1.7600]
Copyright (c) 2009 Microsoft Corporation.  All rights reserved.


C:\Users\M11>F:

F:\>attrib +s +h "movies"    //attrib adalah syntax wajib, +s (menjadikan file sbg system) +h (menjadikan file sebagai hidden) yang berada didalam " " adalah nama files atau folder yang di inginkan.    

-------------------------------------------------------------------------------------
* untuk ke drive lain, just masukkan drive latter selepas anda siap mengubah attrib.



Credit To Pemilik Asalnya

Click Sini

Cara Nak Tahu Gadis Tiada Dara



Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.

Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak tangannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal.

Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.

Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda banya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara.

Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.

Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan.

Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.

Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda.




P/S : Setiap insan di dunia ini menginginkan kesempurnakan anggota badan terutamanya wanita, amat menyedihkan jika tiada dara akibat di rogol dan tidak adil sekiranya lelaki menjauhi wanita sebegitu..Setiap apa yang berlaku itu ada sebab dan musababnya...Belajarlah Menerima wanita seadanya sekiranya kita ikhlas dengannya


Credit To Pemilik Asalnya

Click Sini


Khamis, 3 November 2011

Tips Melihat Keserasian Anda dan Pasangan




Zodiak, bintang atau horoskop mempunyai pengertian yg sama.. tetapi boleh ke kita percaya dengan semua ini yg kuat mengatakan ianya berkaitan dengan diri kita. Ermm.. adakalanya macam betul saja kan.. suratan atau kebetulan? Bukan saja tentang kita malah keserasian bersama pasangan juga boleh ditentukan melalui zodiak. Apa kata anda tanya si dia apa zodiaknya dan intai-intai nombor yg bertembung dengan zodiak anda. Kemudian lihat pula pengertian pada nombor tersebut bagi mengetahui sejauh mana keserasian anda dan si dia. Senangkannnnnnnnnnnn…
 
NOMBOR 1 ? SEHATI SEJIWA
 
Wah! Tu dia… nampaknya anda dan si dia memang sehati sejiwa… Macam lagu Ajai & Nurul tu… Dalam memastikan hubungan yg terjalin mempunyai kesinambungan yg erat, anda memerlukan strategi tersendiri dan kerjasama antara satu sama lain. anda berdua bersependapat, saling bertolak ansur, bertoleransi dan jujur. Banyak persamaan yang terdapat pada anda berdua turut membantu dalam menjaga keharmonian. Tetapi awas! Tidak semua yang indah itu takkan bergoyang. Pastinya ada kepincangan yang memerlukan anda berdua elakkan dari menjadi besar. Mungkin pengaruh dari sekeliling membuatkan anda tension dan bergolakkan. Namun kematangan anda berdua boleh mengatasi segalanya. Segala fitnah ataupun khabar angin yang dilemparkan dapat anda tangkis dengan mudah.
 
2.  NOMBOR 2 – SALING MEMAHAMI
 
Dalam sesebuah perhubungan, sikap saling memahami amat penting. Bukan saja ia dapat membantu kita memahami si dia tetapi turut mengekalkan hubungan agar bertahan lama. Tetapi ia bukanlah hanya di sebelah pihak sahaja tetapi kedua-duanya juga perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga hubungan. Walaupun anda mempunyai prinsip tersendiri tetapi ia bukanlah alasan untuk anda mementingkan diri sendiri. Jangan kerana prinsip itu membuatkan ia menguasai diri anda. Mungkin komunikasi yang baik mampu memberi kesan yang positif terhadap perhubungan. Cuba berterus terang jika berlaku salah faham dan kekalutan. Jangan dipendam di dalam hati kerana bila sudah banyak terkumpul
manalah tahu suatu hari nanti ia akan meletup! Dari berlaku perkara yg tidak diingini lebih baik bertindak dulu. Tapi berpada-padalah agar apa yang anda lakukan tidak melukakan hati si dia.
 
3.  NO 3 ? SALING MEMBANTU
 
Baguslah kalau macam ini. Mengamalkan sikap saling membantu dan tentunya anda sendiri tidak mahu hanya si dia saja memikul beban seorang diri. Jangan pentingkan diri sendiri beb! Tapi jika si dia meminta bantuan anda hingga boleh menjejaskan diri anda sendiri baik fikirkan dulu. Bukannya meminta anda menjelaskan segala hutang-piutangnya sedangkan anda tidak berkemampuan. Ataupun pasangan yang terlalu mengharap pertolongan seperti tidak tahu berdikari walaupun hanya untuk perkara kecil saja. Selalunya orang yang saling membantu ini mempunyai sifat rendah diri dan seboleh-bolehnya tidak mahu orang tahu kelemahannya. Tapi jangan tak tahu kalau ada orang yang pandai membaca isi hati. Tahu pergolakan yang sedang berlaku dalam diri anda mungkin hanya melalui kegelisahan dan air muka anda saja. Jadi, tak salah kalau anda meluahkannya sekadar melepaskan tekanan yang terbuku di dada.
 
4. NOMBOR 4 ? TIDAK KUKUH TAPI MASIH MAHU BERSAMA.
 
Persamaan dari segi zodiak adakalanya menimbulkan ketidakserasian. Mungkin dari pertembungan sikap anda berdua. Walaupun sikap memberontak itu ada, anda masih mahu bersama kerana perasaan sayang dan kasih yang menebal. Sikap pro dan kontra itu adakalanya mewarnai perhubungan anda, tidaklah mendatar saja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan yang boleh mengganggu kelancaran hubungan anda. Susah kalau nak menciptakan hubungan yang sentiasa baik setiap detik dan setiap ketika. Pastinya berlaku juga perselisihan faham dan pertengkaran kecil. Payah nak menjaga hati orang ini dan sukar juga nak mengharapkan orang menjaga perassan kita. Kalaulah perhubungan itu menunjukkan tanda-tanda akan retak, anda perlulah mengambil langkah yang positif bagi mengelakkkan ia terjadi. Fikirkanlah secara matang, segala tindak tanduk anda boleh memberi kesan pada diri anda sendiri.
 
5.  NOMBOR 5 ? SALING MEMERLUKAN WALAUPUN BERSIFAT EGO
 
Mahu tapi EGO! Itu yang membuatkan anda berdua sukar memahami antara satu sama lain. Walaupun saling sayang menyayangi namun keegoan yang menebal dalam hati membuatkan anda berdua sanggup berjauhan dari berlagak
seperti tidak memerlukan kehadiran masing-masing. Mungkin anda boleh menipu orang lain yang anda tidak memerlukan dirinya tetapi bagaimana pula dengan hati serta perasaan anda yang terlalu kuat mengatakan yang anda sayangkannya.
Ermm… jika anda benar-benar sayangkannya tak salah kalau anda tunjukkan pada si dia tentang perasaan itu. Nak buat apa sembunyikan kerana anda sendiri yang akan terseksa dengan tindakan itu. Kikiskan keegoan itu demi kebaikan anda
sendiri dan terimalah hakikat yang anda berdua benar-benar saling memerlukan antara satu sama lain. Jangan menyesal kemudian hari pula.
 
6.  NOMBOR 6 ? KURANG HARMONI TETAPI MEMERLUKAN PERHATIAN.
 
Walaupun anda masih dan telah lama bersama namun masih terasa kurang harmoni. Persengketaan dan ?perang mulut? kerap terjadi kerana anda berdua saling tuduh menuduh. Cemburu? Mungkin menjadi punca perbalahan tersebut tetapi rasa sayang yang menebal membuatkan angin kencang mudah reda dan hilang tapi anda kenalah tahu cara yang terbaik untuk mengatasinya. Untuk memastikan perhubungan anda berjalan lancar dan tidak tergores dek perasaan yang tak tentu hala itu, kenalah anda bertolak ansur dan memahami si dia. Bukannya apa… anda tentu tak mahu perhubungan yang terjalin hanya separuh jalan saja dan kalau boleh biarlah selamanya walaupun anda sentiasa bersikap ?panas hati? bila melihat si dia hingga mencetuskan perbalahan. Tapi jangan sampai keterlaluan sangat hinggakan perkara kecil menjadi besar. Orang kata kalau dah menyala api jangan simbahkannya dengan minyak tanah, bertambah semaraklah ia. Jadi kenalah siram dengan air? pandai-pandailah anda yea…
 
7.  NOMBOR 7 ? TIDAK SERASI LANGSUNG
 
Huarghhhhhhhhhhh… Janganlah menangis?Tak serasi langsung mungkin hanya sebagai kekasih. Tapi kalau dalam persahabatan mungkin lebih sesuai kot! Jangan pula bila anda berdua mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan, terus bermusuhan sampai bila-bila. Declare war! Ishh… sekurang-kurangnya anda masih boleh bersahabat dan manalah tahu kalau jodoh anda kuat, hubungan yang intim itu boleh terjalin semula. Siapa tahukan! Jika anda benar-benar sayangkan hubungan itu, pupuklah ia supaya terus berkembang mekar dan siramlah cinta anda itu dengan air wangian sesuci kasih sayangmu itu. Jangan pula dimarakkan api kemarahan yang boleh memusnahkan impian yang telah sekian lama bertakhta di kotak fikiran anda. Mungkin anda berdua patut menyepikan diri buat seketika dan tunggu masa yang sesuai untuk bersama semula. Fikirkan kepentingan si dia dalam hidup anda. Bukankah anda mahu si dia menemani anda sepanjang hayat anda?
 
Haa.. Macam mana!? Serasikah anda bersama pasangan anda?
 
Jangan terlau percaya pada fakta ini 100% kerana tidak semestinya betul. Jika betul?itupun hanya sekadar kebetulan sahaja. Selamat mencuba… ..

2/11/2011 Jam 11.30 P.M

2/11/2011 Jam 11.30 P.M

Setelah Melihat Kawan-Kawan Sudah ada Mempunyai Blog Sendiri Aku Mula Tertarik Dan Ingin Membinanya Sendiri, Dengan Bantuan Rakan "Jai" Aku Bertatih Daripada Zero Aku Cuba Mendalami Cara-Cara Menghasilkan Blog, Awesome Terbaik Da